Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 29, 2025 @ 5:40pm

Usia Hampir Cecah 70 Tahun, Jamal Abdillah Akui Letih Besarkan Anak Kecil – “Saya Upah Dua Pengasuh…”

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah mengakui tugas sebagai seorang ayah di usia hampir mencecah 70 tahun bukanlah sesuatu yang mudah, malah memerlukan tenaga yang luar biasa.

Mengimbas kembali satu momen lucu namun mendebarkan, Jamal menceritakan pengalaman ketika anak-anaknya mandi di kawasan minuman lembu di ladangnya.

“Saya bawa mereka bercuti di ladang lembu milik saya. Saya beri kebebasan untuk bermain, tapi tak sangka sampai berani mandi di tempat lembu minum.

“Risau juga kalau lembu tanduk, boleh bawa maut. Sebagai ayah, saya tak mahu anak-anak cedera. Cuma saya tak sangka ramai pula yang suka dengan kejadian itu,” katanya.

Jamal berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sidang media AirAsia Hausboom Festival 2025yang berlangsung di KLIA 2, baru-baru ini.

Walaupun tanggungjawab menguruskan anak-anak kecil agak mencabar pada usia sebegini, pelantun lagu popular ‘Gadis Melayu’ ini mengakui, dia tetap berusaha memberikan yang terbaik.

“Saya jarang marah, tapi kalau sekali saya tinggikan suara, mereka memang takut. Apa yang mereka buat itu bahaya, tapi Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku,” jelasnya.

Bagi memastikan kebajikan anak-anak terjaga, Jamal turut mendapatkan bantuan pengasuh.

“Saya upah dua pengasuh, seorang sepenuh masa dan seorang lagi separuh masa. Kalau saya keluar outstation, pengasuh separuh masa akan datang bantu.

“Usia saya sekarang memang cepat letih, apatah lagi anak bongsu baru berusia tujuh bulan,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Bolot Enam Anugerah, Nur Menang Besar Di DFKL 2019!

Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019, jumpa lagi tahun depan…InshaAllah!

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Remy Ishak Berhati-Hati, Amalkan Cara Elak Gangguan Mistik Selepas Lakon Filem Seram

Remy Ishak syukur tak pernah alami gangguan mistik walau sering berlakon filem seram

Featured Wed, 19 Nov 2025

Rita Nadira Tayang Kekasih Hati – “Happy Birthday My Love”

Rita Nadira menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama teman istimewanya.

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

error: Content is protected !!