Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 30, 2025 @ 8:40am

Fad & Ajak Temubual Menteri Komunikasi Secara Eksklusif, DJ Lin Terharu Sokongan Peminat

Raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, semalam, bukan sahaja membangkitkan semangat patriotik, malah turut menyaksikan kelainan apabila pelawak dan penyampai radio, Fad dan Ajak menemu bual Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil secara eksklusif.

Penyampai Suria FM itu menceriakan suasana dengan siaran luar khas “Morning-Morning Suria” dan penceramah bebas, PU Amin turut memeriahkan acara terbabit.

Menerusi temu bual bersama Fahmi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025, beliau sempat berkongsi pandangan tentang persiapan raptai, tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, serta harapannya menjelang Hari Kebangsaan ke-68.

Selain itu, kehadiran penyampai Kafe Suria, Irsyad bersama Suria Wheels, Afiq dan Awien, menambahkan lagi kemeriahan apabila mereka berkongsi aura raptai bersama pendengar yang hadir di lokasi.

Raptai penuh itu mempersembahkan perarakan kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pelajar sekolah, NGO serta komuniti, selain demonstrasi pasukan keselamatan, pertunjukan udara TUDM dan persembahan kebudayaan melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Suria FM terus memperkukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan apabila mencatat 3.3 juta pendengar bulanan menurut laporan Nielsen Consumer & Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024. Berdasarkan laporan sama, Suria kini berada di tangga tiga teratas bagi stesen radio bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Prestasi digitalnya juga semakin menyerlah dengan 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital, 32 juta paparan halaman serta 5.84 juta pengikut aktif di pelbagai platform sepanjang tahun lalu, sekali gus membuktikan kekuatan jenama Suria di era digital.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, menzahirkan rasa syukur atas pencapaian tersebut.

“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria sebagai teman hiburan harian. Sokongan ini menjadi semangat untuk kami terus menghasilkan kandungan segar dan dekat di hati rakyat Malaysia.

“Kejayaan ini juga adalah hasil kerja keras seluruh warga Suria yang komited memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2025

Syafiq Kyle Perjelas Sebab Rahsiakan Perkahwinan, Kongsi Perubahan Terbesar Bergelar Suami

Syafiq Kyle syukur bergelar suami. Doa peminat & keluarga termakbul.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Kanye West and Donald Trump Went on a Lunch Date?!

It’s an odd pairing in so many ways…

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep

Hiburan Sat, 18 Jan 2025
Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Ubai MZ Umum Shila Amzah Kini Sedang Hamil

Wahh tahniah Ubai & Shila! Semoga dipermudahkan segala urusan

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh 

Allahuakbar..Syafakillah adik Ainul.. Sama-sama kita doakan adik Ainul cepat sembuh

error: Content is protected !!