Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 31, 2025 @ 2:16am

Hariz Hamdan Simpan Dendam Terhadap Abang Ipar

Menyimpan dendam terhadap abang ipar menjadi cabaran pelakon Hariz Hamdan dalam drama bersiri Seindah Hujan Cinta.

Sedang hangat ditayangkan di Tonton, Hariz yang memegang watak sebagai Zamirul mempunyai perasaan marah terhadap Wassim, lakonan Yusuf Bahrin kerana mengahwini wanita idamannya, Aneesa lakonan Ezzanie Jasny.

“Zamirul merupakan adik kepada Zarita lakonan Nelydia Senrose. Zamirul juga mempunyai adik bernama Aneesa. Namun begitu, sebenarnya Aneesa bukanlah adik kandung Zamirul. Keluarga Zamirul dan Zarita mengambil Aneesa sebagai anak angkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariz Hamdan (@harizhamdann)

“Dalam diam, Zamirul menyimpan hati terhadap Aneesa sejak kecil. Namun begitu, Zarita yang mengahwini Wassim tidak dikurniakan cahaya mata kerana Zarita menghadapi sedikit masalah.

“Akhirnya, Wassim berkahwin dengan Aneesa atas kerelaan Zarita sendiri. Konflik mula terjadi kerana dalam diam, Zamirul tidak rela apabila Aneesa berkahwin dengan Wassim. Zamirul juga menyimpan dendam terhadap Wassim kerana Wassim melayan Aneesa dengan tidak adil,” kata Hariz.

Bercerita mengenai cabaran, Hariz mendedahkan dia berhadapan dengan kesukaran untuk membina keserasian dengan pelakon lain.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya berlakon dengan Nelydia, Yusuf dan Ezzanie. Pada awalnya, sukar untuk mendapatkan keserasian kerana saya tak pernah bekerja dengan mereka.

“Lama kelamaan, saya bersyukur kerana kerjasama antara kami terjalin dengan baik. Sebenarnya, mudah untuk berlakon bersama mereka kerana semuanya ramah. Bekolaborasi dengan Yusuf, Nelydia dan Ezzanie merupakan satu pengalaman yang sukar saya lupakan,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan Seindah Hujan Cinta yang sudah memasuki minggu terakhir di Tonton!
Diarahkan oleh Nizam Zakaria, drama bersiri adaptasi novel tulisan Qash Shazwani ini diterbitkan oleh Jalena Rejab menerusi produksi Country & Universal Sdn Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Jul 2021

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Semoga Hafiz baik-baik saje.. Rindu tengok Hafiz kat stage nyanyi ♡

Hiburan Sun, 5 Jan 2020

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Siapa dah tengok, angkat tangan!

Events Sun, 10 Nov 2024

Siti Saleha Mengaku Sudah Bertunang Dengan Pereka Fesyen Ternama

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu berkongsi berita gembira kepada peminat bahawa dia kini sudah bertunang dengan Joshua Fitton.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Bukan Nak ‘Berkira’ Tapi…’- Safura ‘Haramkan’ Gajet Untuk Anak-Anak

Lain ibu-bapa, lain cara didikan mereka terhadap anak-anak…betul tak?

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Mon, 6 May 2019

Shahfi Rafiq Juara Spotlight Musim Pertama, Tahniah!

Baru berusia 11 tahun, tahniah adik Shahfi Rafiq!

error: Content is protected !!