Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 1, 2025 @ 3:22pm

Insomniacks Hargai Peminat Melalui Single Terbaharu “Seperti Dulu”

Kumpulan pop rock popular, Insomniacks, terus melangkah dengan karya baharu apabila bakal melancarkan single terbaru mereka berjudul Seperti Dulu pada 29 Ogos 2025. Lagu ini digambarkan sebagai sebuah ‘surat cinta’ istimewa yang ditujukan kepada semua peminat setia yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan sejak awal perjalanan muzik mereka.

“Lagu ini sebenarnya surat cinta kami buat semua yang menyokong Insomniacks sejak mula. Tak kira di mana mereka berada dalam hidup, kami nak ingatkan bahawa setiap momen bersama itu tetap akan kami hargai,” kata anggota Insomniacks.

Seperti Dulu menampilkan gabungan lirik yang ditulis bersama oleh anggota kumpulan, dengan komposisi muzik hasil sentuhan Iqie serta susunan muzik yang diperkukuh melalui kolaborasi bersama Taja. Proses ini melahirkan sebuah karya jujur yang sarat dengan emosi, sekaligus memperlihatkan keserasian kerjasama mereka.

Menariknya, single ini turut menyelitkan elemen nostalgia yang membawa pendengar kembali kepada era awal muzik Insomniacks, menjadikan ia sebuah karya yang bukan sahaja segar tetapi juga dekat dengan identiti asal kumpulan tersebut.

Sebelum pelancaran rasmi, lagu ini sudah dipersembahkan buat pertama kali di Singapura ketika konsert Echoes of a Dream yang berlangsung di Capitol Theatre pada 16 Ogos lalu. Respon hangat daripada peminat di sana menjadi tanda bahawa karya baharu ini mampu mencipta resonansi besar, seiring dengan kejayaan mereka sebelum ini.

Selepas pelancaran rasmi pada hujung Ogos, Insomniacks bakal meneruskan promosi ke Jakarta pada penghujung September, sekali gus membawa mesej muzik mereka melangkaui sempadan negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Jul 2024
Trending Thu, 5 Mar 2020

[VIRAL] “Buruk Bebenor!”—Poster Acara Larian Ala-Ala Zaman Microsoft Words 2000 Dituduh “Mengejar Virality”

Sama ada ini taktik mereka untuk menjadi viral atau tidak, tiada siapa boleh nafikan bahawa poster tersebut sangat kuno.

Featured Wed, 28 May 2025

Kongsi Tips Pertahanan Diri, Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga?

Hantaran tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen

Hiburan Mon, 15 Sep 2025
Trending Mon, 12 Mar 2018
Trending Mon, 18 Nov 2019

Henry Golding; The Only Malaysian Who Made It Into TIME’s 100 Next List

We could not have been more proud for our local talent! Congratulations!

Featured Thu, 22 Sep 2022
error: Content is protected !!