Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2025 @ 11:39am

“Malulah Hidup Atas Duit Perempuan”- Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Abby Abadi Perli Siapa?

Kemelut rumah tangga anak perempuan kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania bagaikan tidak berkesudahan.

Terbaru, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di platform Threads miliknya.

Kata pelakon drama popular Gerak Khas itu, dia bersyukur apabila individu yang dimaksudkan sudah bertindak ‘mengangkut’ barang miliknya.

Malah, Abby secara sarkastik berkata, individu berkenaan sepatutnya malu kerana hidup atas tanggungan dan duit perempuan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Abby seolah-olah memberi bayangan mengenai situasi yang berlaku terhadap konflik keluarganya kini terutama terhadap hubungan Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam.

“Alhamdulillah dah berangkut dah. Malulah hidup atas duit perempuan. Jalan terus, jangan belok-belok!,” katanya.

Menerusi hantaran berlainan pula, Abby turut menegur agar mana-mana individu tidak bersikap pentingkan diri sebaliknya menjaga hati dan perasaan orang lain.

“Hiudp kalau tak boleh menyenangkan, jangan menyusahkan.

“Jangan mainkan hati dan perasaan orang. Dunia ni berputar. Ini bukan tentang sampah,” jelasnya.

Terdahulu, Abby berkongsi beberapa hantaran memaklumkan, dia nekad untuk menyelamatkan anaknya daripada terus menerus terlibat dalam hubungan toksik bersama Aslam.

“Saya doakan anak saya berjaya keluar dari hubungan toksik itu.

“Saya tulis dekat sini biar makcik-makcik yang maki hamun sepanjang zaman tu puas hati.

“Cepat doakan sama. Anak saya perlu diselamatkan dari hubungan toksik itu. Aamiin kan ya,” kongsinya.

Sekadar info, Marissa dan Aslam dilaporkan telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Bagimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan pasangan itu yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai sah mengikut hukum syarak dan undang-undang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 17 Nov 2019

「呷饱不?」成草蜢与歌迷暗号?云顶开唱笑声不断

时隔一年,风靡90年代的香港男团草蜢再度来到云顶开唱!三子卖力演出,全程不停地大抛笑料,让在场近5200名歌迷不断热情回应。

Hiburan Thu, 24 May 2018

Kemelut Antara Nora Danish Dan Fasha Sandha Akhirnya Terjawab!

Menurut Nora Danish, beliau sendiri mengakui mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha sejak sekian lama?

Featured Tue, 2 Mar 2021

Pergerakan Rentas Daerah Kecuali Di Sabah Dibenarkan Mulai…

Dalam sidang media Majlis Keselamtan Negeri hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pergerakan rentas daerah  dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali di Sabah. Manakala bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 4 […]

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Trending Thu, 4 Oct 2018

Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta Kini Sedia Dijual, Ada Sesiapa Berani Beli?

Sepatu termahal dunia itu diperindahkan dengan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.

error: Content is protected !!