Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 9, 2025 @ 12:40pm

Serangan Kapal Utama Sumud Flotilla, Aktivis Kemanusiaan Kongsi Status Pasukan Malaysia – “Kami Diminta Untuk Kekal Tenang”

Susulan insiden serangan terhadap kapal utama misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Palestin, aktivis Iylia Balqis Suhaimi tampil berkongsi perkembangan terkini pasukan Malaysia yang terlibat, termasuklah penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Ardell Aryana.

Menerusi hantaran di Facebook, Iylia menjelaskan kapal induk yang digelar Familia, yang menempatkan nama-nama besar seperti Thiago Avila, Yasemin Acar, Greta Thunberg serta beberapa individu lain yang turut sama menyertai operasi kapal Madleen pada 1 Jun 2025 lalu telah menjadi sasaran serangan dron sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan.

Namun begitu, Iylia memaklumkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan krew kapal yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Salah satu kapal Global Sumud Flotilla diserang dron sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan.

“Kapal induk, Familia, yang menempatkan Thiago Avila, Yasemin Acar, Greta Thunberg dan individu hebat yang lain yang turun terlibat secara langsung dalam operasi kapal Madleen pada 1 Jun 2025 dan ditahan 8 hari selepas pelayaran.
“Alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan terhadap krew kapal yang terlibat. Langkah-langkah keselamatan segera diambil terhadap kapal-kapal lain di sekitar Familia.
“Mohon doa dari semua agar pelayaran kami seterusnya dipermudahkan, dilindungi daripada sebarang kezaliman, dan sampai dengan selamat membawa misi kemanusiaan ini,” katanya.

Keadaan pasukan Malaysia

Dalam hantaran sama, Iylia menegaskan, keadaan pasukan Malaysia yang terlibat dalam misi ini berada dalam keadaan baik.
“Team Malaysia ada yang sedang berehat dan team Cinta Salam Malaysia sedang duduk di koridor bilik penginapan sambil bersembang tentang cerita di kapal masing-masing.
“Tiba-tiba notifications tak henti-henti masuk melaporkan kejadian di port. Alhamdulillah, kami semua dalam keadaan baik.
“Kami diminta untuk tenang dan kekal di tempat penginapan. Pihak steering committee menguruskan situasi di port,”kongsinya.
Jelas Iylia, ini adalah tindakan agresif yang cuba menakut-nakutkan dan menggagalkan pelayaran ini .

Sekadar info, kumpulan pertama sukarelawan Sumud Nusantara yang menyertai Misi Kemanusiaan GSF berlepas ke Barcelona, Sepanyol pada Rabu lepas.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan satu flotila awam berskala besar dijangka belayar ke Semenanjung Gaza dengan kumpulan pertama dijadualkan berlepas dari pelabuhan di Sepanyol pada 31 Ogos, diikuti kumpulan kedua dari pelabuhan Tunisia pada 4 September.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

李俊颉推单曲晋升「艺人企业家」为老人院筹募

Victor李俊颉相隔六年再推出全新单曲《记得我爱你》送爸爸,以「艺人企业家」的身份再出发,为慈善,梦想和事业一同打拼!

Featured Mon, 27 Apr 2026

Bakal Tunai Ibadah Haji, Ezad Lazim Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Sedikit Risau Sebab Tak Pernah Pergi Sana”

Ezad Lazim bersyukur sekali gus memohon doa orang ramai apabila dia dan isteri bakal menunaikan ibadah haji pada 30 April ini.

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Featured Thu, 8 Aug 2024
Trending Fri, 13 Sep 2019

Polis Buru Individu Yang Hina Institusi Diraja

Dipercayai Jadi Punca Raja Permaisuri Tutup Akaun Twitter

Kes Mahkamah Wed, 12 Jun 2024
error: Content is protected !!