Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2025 @ 10:27am

XTRA XSTAR 2025: Sophia Albarakbah Titip Pesan, Nak Jadi Artis Bukan Rasa Glamor Tapi Kena Kuat

Penyertaan pencarian bakat #xtraxstar2025 kini sudah bermula dengan beberapa peserta sudah pun menghantar penyertaan masing-masing.

Lebih menarik, musim kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pempengaruh media sosial popular, Ratu Farah Diva, sekali gus menambah keterujaan peminat untuk menyaksikan saingan yang bakal berlangsung.

Bagi mereka yang memiliki bakat terpendam dan ingin bergelar bintang, tips yang dikongsikan oleh pemenang bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi 2025, Sophia Albarakbah mungkin dapat membantu peserta.

Menurut Sophia, kehidupan sebagai seorang artis bukan sekadar mengecap glamor semata-mata tetapi harus kuat dan cekal berdepan cabaran.

Katanya, perasaan glamor bukan seperti yang dibayangkan segelintir masyarakat.

“Kehidupan seorang artis bukan rasa glamor seperti yang orang sangka. Agak susah dan kena kuat,” katanya.

Namun, minat mendalam terhadap karier yang dipilih membuatkan perasaan gembira itu terbit dalam diri sekali gus menolak pandangan negatif khalayak.

“Tapi mungkin sebab saya suka berlakon jadi saya rasa what we are passionate about.. benda tu akan buat kita happy,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Untuk info, #xtraxstar2025 adalah inisiatif portal Xtra dalam pencarian bakat baharu untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin bergelar penyanyi.

Dijalankan menerusi platform TikTok, kempen #xtraxstar2025 ini tiada sebarang had penyertaan dan terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Untuk menyertai #xtraxstar2025 mudah sahaja, peserta hanya perlu mengikuti cara-cara penyertaan di bawah:

1. Serlahkan bakat dan vokal anda dengan berkongsi video nyanyian anda di platform TikTok, letakkan #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun TikTok @xtra_my. Muat naik sebelum 15 September 2025 dan pastikan akaun berada dalam tetapan umum!

2. Pemilihan lagu dan cara penyampaian emosi ketika menyanyi juga penting! Anda boleh menyunting video, tetapi tidak boleh menggunakan ‘voice effects’ seperti echo dan sebagainya. Penyertaan anda boleh dibatalkan serta merta!

3. Sebelum anda menghantar penyertaan, sila pastikan anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan. Ini bagi memastikan tiada isu berbangkit antara mana-mana pihak sekiranya anda bergelar juara dan berjaya bernaung di bawah Alternate Records & Talent.

4. Video penyertaan anda akan dinilai oleh juri-juri profesional dalam industri hiburan termasuklah artis dibawah syarikat rakaman Alternate seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

5. Selepas penilaian dilakukan, seramai 20 peserta bertuah akan layak ke peringkat seterusnya di mana mereka akan diundi oleh orang ramai untuk merebut peluang ke Top 5 pusingan akhir XTRA XSTAR.

6. Lima peserta dengan undian tertinggi akan berentap di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad untuk merebut gelaran juara. Showcase akhir akan ditayangkan secara langsung menerusi platform TikTok XTRA.

Pastikan anda ikuti perkembangan terkini di portal xtra.com.my serta semua platform media sosial rasmi supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar2025 atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Mia Ahmad Redha Dengan Ujian Allah

Mia Ahmad Redha Dengan Ujian Allah dimana beliau keguguran dan tabah menghadapi dugaan yang menimpa

Trending Mon, 27 Nov 2017

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Ramai Terperangkap Di Bali

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Masih Ramai Tak Dapat Pulang Dari Bali

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Featured Fri, 26 Oct 2018

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

National Geographic menamakan lima negara didiami penduduk paling gembira!

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Thu, 21 Oct 2021

Netizen Kagum Anak Aliff Syukri Baru Umur 4 Tahun Dah Berani Naik ‘Flying Fox’

Putera bongsu kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi telah menarik perhatian orang ramai dengan keberaniannya. Baru-baru ini, Yusoff sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan menaiki ‘flying […]

Featured Fri, 30 Nov 2018

Sepasang Mata Besar Memang Menawan, Tapi Risikonya Mungkin…Sindrom Axenfeld Rieger

Sindrom Axenfeld Rieger bukan saja menjejaskan penglihatan tetapi menyebabkan kecacatan fizikal.

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

范冰冰遭拍素颜睡姿「嫩肌白到发光」飘仙气

中国女星范冰冰出道多年,冻龄有术,除了脸蛋紧致无暇,也是圈内出了名的白皙美人。大年初五就开工的她,戏一拍就到隔天凌晨,一收工倒头就睡,被偷拍也不知道,而她睡姿照在网上公开后,嫩白到发光的皮肤让网友看了惊叹不已。

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Terlalu Sibuk, Alyah Tangguh Buat Rawatan IVF?

Datin Alyah dan suami ada pertimbangkan menjalani rawatan IVF tetapi…

error: Content is protected !!