Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2025 @ 2:27pm

Sissy Imann Puji Amira Othman Jaga Wuduk, Utamakan Solat Fardhu Walau Sibuk

Pengacara dan pelakon, Sissy Imann secara terbuka memuji keperibadian rakan selebritinya iaitu penyanyi, Amira Othman.

Menerusi sesi siaran langsung tular di TikTok, Sissy atau pemilik nama sebenarnya, Sissy Iman Mohammad Kamil, menyifatkan Amira seorang wanita yang sangat pemurah dan suka berkongsi rezeki.

“Amira merupakan individu yang sangat baik. Antara kebaikan yang mungkin orang lain tak tahu adalah dia sangat pemurah.

“Kalau di set penggambaran, tiba-tiba dia pesan makanan. Memang sentiasa kenyang,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mungkin Kamu ini juga mendedakan bakal isteri kepada aktor, Fattah Amin ini seorang yang sangat menjaga ibadah solatnya meskipun sibuk bekerja

“Amira ini dia memang sangat menjaga solat. Perkara itu wajib untuk semua umat Islam.

“Bila tengah shooting, terutama di negara orang, jadual penggambaran kita sangat penuh. Tapi saya kagum dengan dia sebab menjaga wudulk.

“Bila kita berkawan dengan dia, kita sekali dapat sifat-sifat yang baik itu,” katanya.

@asheeda15

LIVE SISSY IMAN bersama SINARPLUS (sbg HOST UNIFI utk akad nikah AMIRA & FATTAH) Alhamdulillah rakan² sekeliling amira smua org yg baik²..terharu & sedih kalo dgr kebaikkan amira ni yg selama ni org kurg nampak kewujudan dia..alhamdulillah rezeki jodoh semua sudah tertulis dan ditentukan oleh ALLAH #amiraothman #fattahamin #fyp #viral

♬ original sound – asheeda1 – asheeda1

Sebelum ini, Fattah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Amira dalam sebuah majlis pernikahan yang akan berlangsung pada Ahad, 14 September ini.

Berita tersebut telah mengejutkan ramai pihak serta dalam kalangan peminat mereka yang selama ini mendoakan agar Fattah dan Amira berjodoh selepas sering berkolaborasi bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!

Hiburan Tue, 18 Jun 2024

Tular Foto Berbaju Pengantin, Aishah Kahwin Lagi?  

Wah kalau betul tahniah kak Aishah

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

Events Sun, 6 Jan 2019

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!歌词小抄被抢闹趣事

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!丁丁和李文杰演唱《财神到》时,歌词小抄被抢闹趣事~

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Dihujani Dakwaan Curang, Aliff Aziz Mohon Beri Ruang

Aliff sedang berbincang dengan keluarga dan mohon diberi ruang…

error: Content is protected !!