Euforia Bola 2026
Filem By: Padin September 14, 2025 @ 5:03am

Wakili Indonesia ke Oscar 2026, Filem “Sore: Istri dari Masa Depan” Bakal Ditayangkan Di Malaysia 25 September Ini!

Selepas mencatat kejayaan luar biasa dengan lebih 3 juta penonton di Indonesia, filem romantik fantasi Sore: Istri dari Masa Depan kini mencipta sejarah baharu apabila diumumkan sebagai wakil rasmi Indonesia ke Academy Awards (Oscar) ke-98 tahun 2026 bagi kategori Best International Feature Film.

Pengumuman tersebut dibuat pada 8 September oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia (The Indonesian Oscar Selection Committee), sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan setiap tahun oleh Persatuan Perusahaan Film Indonesia (PPFI) dan diiktiraf secara rasmi oleh pihak Academy.

Arahan sutradara terkenal Yandy Laurens, filem ini bukan sekadar mencuri hati penonton di tanah airnya, malah kini melangkah ke Malaysia dengan tayangan bermula 25 September 2025 di pawagam seluruh negara. Kempen pemasaran di Malaysia turut digerakkan dengan sokongan Primeworks Studio sebagai rakan rasmi.

“Kami berasa sangat bersyukur, Sore: Istri dari Masa Depan terpilih dan dipercayai untuk menjadi wakil filem Indonesia yang dicalonkan ke Oscar. Kami berharap mendapat sokongan penuh daripada semua pihak, agar dipermudah semua urusan. Semoga sejarah ini menjadi perjalanan baharu bagi filem kami setelah mendapat respons yang sangat baik di Indonesia,” ujar penerbit filem, Suryana Paramita.

“Terima kasih pada Komite Seleksi Oscar Indonesia yang telah memilih Sore: Istri dari Masa Depan sebagai wakil tunggal Indonesia di Academy Awards 2026 untuk Best International Feature Film. Ini ialah bentuk kepercayaan yang amat tinggi bagi karya kami,” tambah penulis dan pengarah, Yandy Laurens.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sheila Dara, Dion Wiyoko, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, filem ini menyajikan kisah cinta dengan elemen fantasi yang diyakini akan memberi kesan mendalam kepada penonton Malaysia selepas sambutan hangat di Indonesia.

Untuk maklumat terkini dan kandungan eksklusif mengenai Sore: Istri dari Masa Depan, orang ramai boleh mengikuti akaun media sosial rasmi Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Nov 2025

Tak Terburu-Buru Menghukum, Tindakan Ibu Dr. Fie Dipuji Warganet – “Tetap Beri Penghargaan Pada Bekas Menantunya”

Dr. Zailah sempat menyebut nama bekas menantunya yang juga penyanyi, Nubhan pada hantaran berkenaan sekali gus menzahirkan ucapan terima kasih dan doa buat mereka semua.

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Mon, 12 Jul 2021
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

error: Content is protected !!