Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 19, 2025 @ 12:31pm

“Saya Tahu Apa Yang Berlaku, Tapi Hanya Mampu Doakan” – Danish Hakim Enggan Campur Tangan Isu Rumah Tangga Marissa Dania

Abang kepada pempengaruh dan model, Marissa Dania, iaitu Danish Hakim mengakui dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai kemelut rumah tangga yang sedang melanda adiknya itu.

Bagaimanapun, Danish memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka kerana bimbang sekiranya tersalah cakap hingga mengeruhkan keadaan.

“Adik saya seorang yang perahsia. Ada benda dia kongsi, ada benda dia simpan sendiri. Hal rumah tangga dia saya cuba elakkan untuk masuk campur sebab isu ini terlalu sensitif.

“Saya kesian dengan dia. Buat masa sekarang, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik. Kalau bab nasihat, biarlah bapa saya yang lebih berhak,” katanya.

Tambah Danish, sebagai abang dia sememangnya tahu serba sedikit situasi yang berlaku, namun tidak mahu mendedahkan kerana enggan mendahului adiknya sendiri.

“Adalah saya tahu, tapi itu bukan hak saya untuk ceritakan. Lebih baik tanya dia sendiri,” ujarnya ketika ditemui pada acara Viu Royal Night di W Factory, Shah Alam, Khamis.

Menyentuh soal keluarganya yang sering menjadi sorotan, Danish tidak menafikan dia pernah berasa tertekan, namun kini sudah lali.

“Memang terasa bila ahli keluarga jadi bualan orang, tapi lama-lama saya dah terbiasa. Pergi mana-mana pun orang tetap kenal saya anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi. Jadi, saya kena terima inilah kehidupan saya,” katanya.

Terdahulu, Marissa mengejutkan ramai apabila berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Aslam ketika itu sudah beristeri dan memiliki tiga cahaya mata bersama isteri pertamanya, Umisya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Sep 2023

“Nak Jadi Penyanyi Ke, Nak Jadi Pengemis?” – Terima DM Berbaur Hinaan, Nadeera Sebak

“Saya tak ada muka yang lawa, tak ada duit yang banyak, tak ada harta yang melimpah tapi, saya ada semangat yang tak akan luntur”. Demikian respons penyanyi berbakat, Nadeera apabila dia tampil berkongsi tangkap layar […]

Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Tue, 11 Jul 2023

Beri Cadangan Berubat Cara Islam, Nora Ariffin Dedah Pernah Terkena Sihir?

Allahuakbar.. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara seperti itu

Featured Tue, 12 Aug 2025

Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Raai yang menluahkan rasa kurang senang terhadap Noor Nabila.

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Cahaya Mata Wed, 2 Aug 2023
Cahaya Mata Tue, 9 Nov 2021

Gara-Gara Teruja, Syamel Umum Jantina Anak Sulung… Bakal Timang Baby Girl!

Penyanyi Syamel secara tidak sengaja mendedahkan jantina anak sulungnya yang dijangka lahir pada Mac 2022 kerana terlalu teruja untuk membuat persembahan di atas pentas. Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 28, mengumumkan dia […]

error: Content is protected !!