Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 22, 2025 @ 1:47pm

XTRA XSTAR 2025: Versatile & Power! Gegarkan Butang Undi Peserta Top 20 ‘Favourite’ Anda Bermula Esok

Pencarian bakat paling hangat tahun ini, #xtraxstar2025 kini memasuki fasa paling mendebarkan.

Selepas melalui proses saringan yang ketat, akhirnya senarai Top 20 peserta terbaik telahpun diumumkan.

Menariknya, barisan peserta kali ini bukan sahaja menampilkan bakat dari segi vokal yang luar biasa, malah mereka hadir dengan personaliti unik serta kebolehan persembahan yang pelbagai sekali gus menjadikan musim ini lebih versatile berbanding sebelumnya.

Oleh itu, bagi membolehkan peminat peserta Top 20 ini memberikan sokongan, mereka diuar-uarkan mengundi peserta pilihan masing-masing di www.xtra.com.my/xtraxstar bermula esok (23 September 2025) untuk mara ke peringkat seterusnya.

Dan, undian ini akan menjadi penentu siapakah yang akan terus kekal dalam saingan menuju gelaran juara #xtraxstar2025 yang bakal berlangsung pada 31 Oktober depan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan bintang kegemaran anda!

Pastikan ikuti perkembangan dan update terkini mengenai peserta #xtraxstar2025 di platform rasmi XTRA.

Juara untuk musim kedua #xtraxstar2025 bakal menerima kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents.

Bukan itu sahaja, juara juga bakal mendapat liputan meluas termasuk wawancara eksklusif serta muncul di rancangan-rancangan hiburan popular di pelbagai platform media XTRA dan Media Prima.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Dec 2025

Kakak Neera Azizi Tampil Back Up, Video ‘Gender Reveal’ Di Kaabah Bukan Untuk ‘Content’

Kata Zeera tindakan bersuara dibuat selepas melihat terlalu banyak komen melampau yang bersifat menghina, mengutuk diterima.

Hiburan Fri, 16 May 2025
Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

李幸倪为演唱会试造型「真空上阵」尽显背肌和纤腰

距离Gin李幸倪首个香港红馆《First Of All Live》演唱会不足一星期时间,日前Gin为演唱会试造型,其中蓝色夜空长裙最为性感夺目!

Featured Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Wed, 20 Dec 2023
error: Content is protected !!