Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 23, 2025 @ 2:04pm

“Sejujurnya Saya Berharap Jatuh Talak Dua” – Siti Jamumall Reda Tak Akan Kembali Bersama Aiman 

Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall mengakui hatinya cukup terkesan selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan rumah tangganya bersama bekas suami, Aiman, jatuh talak tiga sekali gus haram untuk dirujuk semula.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti berkata dia sebenarnya berharap agar perceraian itu hanya melibatkan talak dua, namun akhirnya reda dengan ketentuan takdir.

“Sejujurnya, saya berharap ia hanya jatuh talak dua. Tapi apa boleh buat, keputusan mahkamah dah keluar hari ini. Hakikatnya, kami memang tak boleh bersama kembali. Saya tak kuat nak hadap.

“Buat masa sekarang, saya perlukan masa untuk sembuh. Ini adalah perpisahan yang paling menyakitkan dan memberi kesan paling besar dalam hidup saya,” luahnya.

Dalam masa sama, Siti turut memohon maaf kepada Aiman atas segala kemelut yang berlaku sehingga bekas suaminya itu teruk dikecam netizen.

Siti tidak menafikan Aiman seorang bapa yang bertanggungjawab serta tetap setia berada di sisinya ketika dia melahirkan anak mereka.

“Hujung-hujung saya nak bersalin, duit saya semua dibekukan. Awak bekerja keras cari rezeki, sanggup kurang tidur demi selesaikan keperluan saya bersalin. Terima kasih kerana menemani saya berjuang melahirkan anak kita.

Saya minta maaf atas semua yang terjadi sampai ke hari ini. Awak dikecam teruk, orang hina… tapi saya bangga kerana awak tetap ada,” katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan bahawa perkahwinan Siti dan Aiman jatuh talak tiga selepas Aiman melafazkan talak berkali-kali secara siaran langsung sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 29 Aug 2018

Teater Tanah Airku, Mana Pergi Erma Fatima?

Erma Fatima sebenarnya telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut. Bukan kerana merajuk, tetapi?

Featured Thu, 2 Jan 2025
FESYEN Fri, 13 Jul 2018

Ini Komen Bella Dally Dilabel Sama Standard Dengan Pengasuh Anak Che Ta

Bella Dally dilihat memakai baju yang sama seperti baju pengasuh anak kesayangan Che Ta,  Aaisyah Dhia Rana. Kedua-duanya dilihat memakai baju tersebut dalam sebuah majlis yang sama

Trending Wed, 20 Jun 2018

There are Turtles in Melaka and We NEED to Protect Them

We can’t let these endangered animals be exposed to anymore risks and hazards.

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Umie Aida- Erra Fazira Sudah Berdamai

Harap netizen tidak bercakap lagi isu ini,

Figura Tue, 2 Apr 2024
Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Bolos 15 Kategori, Nik Amir Tak Sangka Imaginur Dominasi Pencalonan FFM 33

Nik Amir Mustapha tak sangka Imaginur mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33.

error: Content is protected !!