Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2025 @ 4:07pm

Mengaku Khilaf, Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Pada Netizen… Ardell Aryana Siap Pujuk Minta Suami Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa memohon maaf atas kekhilafannya berkata kasar ketika sesi siaran langsung yang diadakan di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menurut Nadzmi, dia bukanlah orang yang panas baran atau cepat koyak seperti yang didakwa sebaliknya menjelaskan dia bertindak sedemikian kerana tidak suka orang luar bercakap tidak baik menegnai keluarganya.

“Maaflah saya terlepas. Saya bukan orang macam tu pun. Tapi kalau orang nak cakap pasal keluarga saya… saya memang tak  boleh.

“Tapi saya dah okay dah… Saya dengan Ardell memang saya lebih banyak membebel kalau anda semua nak tahu.

“Sorry tau, awak (Ardell) fokus dengan kerja awak. Saya dekat sini okay lagi.

“Jadi, anda semua saya minta maaf, saya dah terlanjur kata tadi… saya minta maaf.

“Sayang, awak jaga diri baik-baik tau. Saya nak end live dulu,” katanya.

Tidak habis disitu, Ardell yang pada ketika itu sedang mengadakan sesi live bersama suaminya meminta agar Nadzmi bertenang dan memperbanyakkan rehat.

Malah, dia sempat menitipkan pesanan agar pelakon filem Perjanjian Syaitan 2 itu berhenti membebel dan menamatkan sahaja sesi siaran langsung mereka berdua agar suaminya itu boleh berehat dengan tenang sebelum menjalani penggambaran.

“Sekarang ni awak pergi rehat, drive elok-elok okay… pergi rehat. Malam ni nak pergi shooting lagi.

“Stop kerja. Awak rehat lah… Inshaa-Allah nanti saya tolong. Cuba jangan menjawab, pergi rehat. Lagi awak tak rehat, lagi awak banyak membebel. End live tu,” tegas Ardell.

@panda.sky26 23.9.2025…..Ardel pujuk suaminye yg tgh down … semoga Allah kuat hati dn semangat suami isteri ni ….semoga Allah merahmati suami isteri ni…..#fyp #foryoupage #globalsumudflotilla #fyppppppppppppppppppppppp #hasbunallahwaniqmalwakil ♬ bunyi asal – 🐼PANDA sky🤭🐼🐼

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu yang saling memberikan sokongan dan mengambil berat meskipun terpisah jauh.

 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Featured Tue, 14 Jan 2025
Featured Sat, 6 Sep 2025

Marsha Milan Syukur ‘Hening Rindu’ Rangkul Trofi Emas Bagi Kategori Reka Bentuk Bunyi Terbaik Di Anugerah Content Asia 2025

Marsha, 40, menzahirkan penghargaan buat semua yang terbabit dalam pembikinan lagu tersebut.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Tue, 11 Nov 2025

“Saya Memang Fun, Tapi Tak Sempat Nak ‘Kacip’ Kat Media Sosial” – Farah Lee

Farah Lee tak borak ‘kacip’, mahu anak muda membesar jadi pemimpin

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Alicia Amin Dan Nasi Lemak 50 Sen?

Wow! sekarang pun nasi lemak dah mahal tau

error: Content is protected !!