Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 26, 2025 @ 6:34pm

“Dia Tak Cakap Akan Jalani Pembedahan Lutut” – Sempat Berborak, Mata Farahdhiya Bengkak Menangis Risaukan A Aida

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan rasa bimbang terhadap pengarah terkenal, Datuk A Aida yang dimasukkan ke hospital, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Farahdhiya menyifatkan A Aida sebagai seorang kakak yang banyak berkongsi pelbagai perasaan susulan persahabatan mereka yang sudah terjalin lebih 15 tahun.

“Hubungan kami seperti adik beradik. Banyak kenangan yang sudah kami lalui bersama, baik suka mahupun duka. Kadang-kadang kami berselisih faham seperti kakak dan adik, namun hakikatnya kasih sayang tetap utuh,” katanya.

Malah, pelantun lagu popular Bertakhta Di Hati ini turut memaklumkan dia sempat berbual dengan A Aida namun penerbit itu tidak memberitahunya bakal melalui pembedahan lutut.

“Saya sempat bercakap dengan Kak Aida semalam, suaranya seperti biasa dan langsung tidak menyebut mengenai pembedahan lutut.

“Saya benar-benar risau, mata saya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Doa saya sentiasa mengiringinya, semoga Allah permudahkan urusan dan mengurniakan kesembuhan buat Kak Aida,” katanya.

Sebelum ini, A Aida mengejutkan ramai apabila dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital terletak di Kuala Lumpur.

Lebih membimbangkan, A Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang, 55 ditidurkan namun punca sebenar penyakitnya masih belum dimaklumkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 May 2023
Featured Sat, 1 Nov 2025
Events Thu, 19 Dec 2024

Rosmah Mansor Bebas 17 Tuduhan Ubah Wang Haram, Elak Cukai Bernilai Lebih RM7 Juta

Hakim K Muniandy membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya

Kisah Viral Fri, 12 Jun 2026

Untung Cecah RM10,000 Sehari, Abang Sado ‘Durian Papa Muda’ Tak Serik Dikecam Walau Ada Ambil Kesempatan

Pernah viral kerana aksi lelaki bertubuh sasa menjual raja buah, Durian Papa Muda kembali meraih sorotan ramai sempena musim durian tahun ini.

Trending Tue, 5 Jan 2021

Pengasas Alibaba, Jack Ma Dilaporkan Hilang

Kenapa tiba tiba Jack Ma menghilang?

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

范文芳亏老公跌伤像美人鱼?李铭顺大吃儿子的醋

相隔了14年再度合作的「明星夫妻档」李铭顺和范文芳,在全新电视剧《入侵者》饰演夫妻;早前因拍摄跌伤膝盖的李铭顺,让范文芳亏老公受伤趴地姿势像美人鱼,使得李铭顺吃醋笑指“她有多一个情人,所以我不重要!”

error: Content is protected !!