Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2025 @ 9:34am

Siti Nurhaliza Maklum Sekolah Afwa Al Aafiyah Musnah Dibom – “Doakan Sukarelawan & Keluarga Besar Saya Disana Selamat”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan sekolah yang dibina pada tahun 2021 oleh Yayasan Nurjiwa yang diuruskan olehnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang terletak di Gaza akhirnya musnah dibom.

Menurut Siti, perantara yang bertugas di sekolah tersebut, iaitu Dr Mohanad dan keluarga juga dilaporkan telah berpindah semula ke Selatan.

“Sekolah Afwa Al Aafiyah telahpun musnah dibedil bom,” katanya.

Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohanad kullab (@dr.mohanad.ak)

 

Meskipun sedih dengan perkara yang berlaku, pelantun lagu ‘Menamakanmu Cinta’ bagaimanpun nekad untuk terus menyalurkan bantuan kepada saudara kita di negara bergolak itu. Sekali gus memohon agar orang ramai mendoakan para sukarelawan dan keluarga besar beliau di sana selamat.

“Hasbunallah Walnikmal wakel.. Akhirnya bagunan sekolah Afwa Al Aafiyahdibedil bom.

“Tidak mengapa, kita pasti bangkit semula!! @dr.mohanad.ak serta keluarga semua telah berpindah semula ke selatan.. Kami akan membantu mereka disana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza selamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) turut berkongsi bahawa doa-doanya sentiasa dipanjatkan buat mereka dibumi Gaza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jan 2025
Featured Thu, 29 Nov 2018

Lambat Datang Haid? Ini Sebab Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Salah satu sebabnya adalah kerana terlalu aktif bersenam.

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Jay Iswazir Sebak Ingat Pesanan Mak Sebelum Jadi Pelakon

Lakonan Aku Nazmi memang betul-betul hebat. Semoga terus berkarya dengan baik & ikhlas, Insya Allah kejayaan bakal mengiringi Jay lagi!

Featured Mon, 9 Jan 2023

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Siapa yang pernah dikecewakan mesti boleh relate dengan lagu ni

Featured Thu, 12 Jun 2025
Trending Wed, 23 May 2018

Harga Minyak Kekal!

Berita baik! Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol ketika ini, meskipun harga minyak mentah global meningkat.

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
error: Content is protected !!