Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 11:18am

Tular Video Diminta Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Tegas – “Hebat Betul Jawapan Dia”

Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menyorot perhatian selepas video lama miliknya kembali tular.

Video pendek yang diambil ketika Ameera hadir ke pertunjukan fesyen Tod’s Spring/Summer 2026 sempena Milan Fashion Week (MFW) itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Video yang dikongsikan menerusi akaun rasmi jurufoto berasal dari Korea Selatan iaitu, @lisaphotograxxy itu memperlihatkan Ameera memakai jaket berona coklat yang dipadankan bersama beg tangan berona sama dan kasut but berwarna hitam dengan gaya rambut bersanggul.

“Ini yang berlaku  di pertunjukan fesyen Tod’s Spring/Summer 2026 sempena Milan Fashion Week (MFW).  Always adorable Ameera!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah respons Ameera ketika diminta untuk melepaskan jaket yang dipakainya oleh jurufoto fesyen yang berada di acara tersebut.

Tidak kekok, Ameera bagaimanapun menegaskan dia tidak akan melepaskan jaket yang dipakainya itu seperti diminta oleh jurufoto tersebut dek kerana dia tidak memakai pakaian lain dalam jaket berkenaan.

“Can we make one without the jacket please?

“Tidak, saya tidak akan kerana saya tidak pakai apa-apa,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Ameera yang tegas dan  tidak lepas dengan senyuman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA AN STUDIO (@lisaphotograxxy)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

Individu Dakwa Penulis Lirik Lagu Malam Pagi Tiada Iman, Kotor & Jijik

Alamak! Tapi dah jadi siulan ramai..budak sekarang pun pandai nyanyi ok!

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Alamak, apa maksud Nilam ni? Kifarah dalam bentuk macam mana Ira kena tu? 😌

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Featured Mon, 30 Sep 2024
Featured Wed, 15 Nov 2023
Featured Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok. @dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah […]

error: Content is protected !!