Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 1, 2025 @ 6:30pm

Makan Wagyu A5, Hotel Lima Bintang… Khairul Aming Sambut Ulang Tahun Bawa 100 Pekerja Bercuti Di KL

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming mencuri tumpuan apabila menyambut hari ulang tahunnya yang ke-33 dengan membawa 100 pekerja bercuti di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Aming berkata dia membawa pekerja-pekerjanya merasai pengalaman menginap di hotel lima bintang, makan malam mewah daging wagyu, selain turut melakukan aktiviti-aktiviti seperti Go Kart dan taman tema air.

Dalam masa sama, Aming turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan barisan pekerja yang sangat baik, selain setia sebagai salah satu hadiah terbaik buat dirinya.

“Percutian Staff Khairulaming 2025Ini percutian terbesar kita buat untuk 100 staff bercuti di KL. Semua dapat bilik hotel suite 5 star, dinner A5 wagyu, Splashmania, Wild Life tour, private Hop On Hop Off ride, Aquaria KLCC, berlumba Go Kart, main VR games, Indoor themepark, shopping di TRX, Bukit Bintang dan Central Market.

“Duit poket disediakan untuk shopping.Dapat staff yang baik & setia macam ni adalah hadiah hari jadi terbesar utk saya. Selamat hari jadi yang ke-33 wahai Khairulaming,” katanya. 

Sebelum ini, Aming pernah membawa pekerja-pekerjanya bercuti ke Pulau Pinang selama lima hari apda September 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

[VIDEO] Isteri Aliff Syukri Puji Cik B Berbudi Bahasa – “Saya Ingat Dia Jenis Kasar…”

Tak sangka Cik B seorang baik dan budi bahasa, Shahida ingat anak DSV kasar

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

John Legend, Tayang T**** Isteri

Tindakan isteri kepada penyanyi terkenal itu adalah sesuatu yang berani. Ini kerana, Chrissy Teigen juga pernah melakukan pose bogel beliau dan menayang sebahagian payudaranya itu dianggap sesuatu yang biasa buat dirinya

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Events Sat, 15 Feb 2020
error: Content is protected !!