Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi October 3, 2025 @ 2:06pm

PDK Rengit Anjur Fun Run 25 Oktober Ini, Bantu Kumpul Dana Pendidikan Anak OKU & Autisme

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rengit bakal menganjurkan PDK Rengit Fun Run Charity yang dijadual berlangsung pada 25 Oktober ini sebagai program utama tahun ini.

Pengarah projek, Mohd Zaidi Palidin berkata, penganjuran acara itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan PDK dalam melaksanakan program pendidikan praktikal untuk anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dan autisme.

“Melalui penganjuran ini, kita bukan sekadar meraikan aktiviti sihat tetapi juga menyebarkan kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak OKU serta autisme yang amat memerlukan perhatian masyarakat.

“Kami sedar mampu memberi perkhidmatan terbaik, namun kekangan utama adalah dana kerana sebahagian peralatan dan mesin rangsangan minda melibatkan kos yang tinggi. Justeru, tercetuslah idea untuk menganjurkan Fun Run Charity ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus acara, Yanie Baharom berkata, peserta yang mendaftar bukan sahaja dapat menikmati aktiviti larian, malah turut berpeluang menyumbang kepada pembelajaran anak-anak OKU dan autisme.

“Setiap peserta akan menerima race kit lengkap, sarapan pagi dan berpeluang memenangi cabutan bertuah termasuk hadiah utama televisyen 50 inci.

“Pendaftaran awal pada harga pengenalan RM35 sudah habis, namun harga normal RM40 masih dibuka sehingga 5 Oktober 2025,” katanya.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui imbasan kod QR yang disediakan seperti tertera di bawah, manakala peserta yang berjaya mendaftar akan menerima e-mel pengesahan dan peringatan berkala menerusi WhatsApp.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Jun 2021

Aedy Ashraf Sudah Mula Cerewet – “Sebab Ia Beri Impak Kepada Diri Saya…”

Tapi min dah tengok Aedy ni berlakon since dia kecik lagi…

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Hiburan Mon, 27 Nov 2023

Tersingkir Famili Duo 3 Akibat Kifarah Berbalah Dengan Keluarga? Ini Respons Shila Amzah

Allahu takutnya cakap macam tu? 😳 Rezeki mereka sekadar di minggu ketujuh saja 🙏🏼

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Anak-Anak Sharifah Shahirah Mencuit Hati Ramai- “Semua Muka Anime, Yang Lelaki Duduk Macam Nak Bersanding!”

Woww, macam anime ek semua gaya 🤣 Sempoi la dapat ibu macam Shiera ni 🤩

error: Content is protected !!