Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2025 @ 6:14pm

Air Mata Ziana Zain Gugur, Konsert Empat Jadi Persembahan Pertama Tanpa Bapa Tercinta – “Arwah Selalu Tunggu Saya Balik Lepas Show…”

“Abah orang pertama paling semangat dengan konsert anak-anak, kini tiada lagi,”

Demikian luahan penyanyi disegani, Ziana Zain yang tidak henti menitiskan air mata apabila mengenangkan Konsert Empat berlangsung pada 18 Oktober ini akan menjadi persembahan pertamanya tanpa disaksikan oleh bapa tersayang, Allahyarham Zain Abdullah.

Ketika ditemui media, Ziana, 57, memaklumkan bapanya menjadi sosok individu paling bersemangat setiap kali dia bakal membuat persembahan, selain menjadi pemberi semangat dan penasihat utama sepanjang kerjaya seninya.

“Dulu, abah orang pertama yang akan tanya, ‘kau pakai baju apa? Konsert ni kau buat macam mana? Kau berdiri kat mana tadi? Kau keluar kat mana?’

“Sekarang, semua itu sudah tiada lagi. Abah selalu pesan, ‘berdiri confident. Bila kita berdiri confident, orang tengok pun rasa confident.’

“Dia sangat teliti, selalu ingatkan saya tentang key suara, mimik muka dan cara membawa diri atas pentas. Nasihat-nasihat itu masih saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Pelantun lagu popular Madah Berhelah ini turut mendedahkan, arwah bapanya bukan sekadar penasihat tetapi juga penyokong paling kuat dalam perjalanan kariernya dan adik, Anuar Zain.

“Abah satu-satunya yang paling kuat menyokong. Dia selalu tanya saya dan Anuar bagaimana keadaan kami, karier dan kehidupan seharian.

“Kalau kami mengadu, dia faham kerana dia juga pernah menjadi penyanyi suatu ketika dahulu,” katanya  ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Jangan Henti di Plaza Sungai Wang, pada Sabtu.

Sementara itu, Ziana turut mengimbas kenangan manis bersama arwah bapanya yang sering menunggu kepulangannya selepas konsert hanya untuk mengetahui bagaimana persembahan anaknya berjalan.

“Dulu, setiap kali saya habis show, abah tidak akan tidur. Dia akan tunggu sehingga saya balik dan bertanya, ‘macam mana, nak? Okey tak?’

“Kadang-kadang sebelum konsert, abah akan telefon dan beritahu, ‘abah doa, abah sembahyang hajat, semoga semuanya dipermudahkan.’ Tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan,” ujarnya sebak.

Mengakui rasa sakit kehilangan insan tersayang tak akan padam, Ziana bagaimanapun reda dan mempercayai doa arwah bapanya akan terus menjadi mengakir.

“Ustaz pernah beritahu, jangan risau, doa ibu bapa akan terus berjalan walaupun mereka sudah tiada. Kata-kata itu membuatkan saya tenang.

“Saya menangis bukan kerana tidak reda, tetapi kerana rindu. Dulu setiap konsert, saya akan kongsi semuanya dengan abah. Sekarang, saya perlu kuat dan teruskan untuk diri sendiri serta keluarga,” katanya.

Konsert Empat, yang menghimpunkan empat penyanyi hebat  Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, bakal berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang pada 18 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Featured Tue, 15 Aug 2023

“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Sahabat yang baik akan selalu beri teguran, walaupun pedas

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Perkahwinan Itu Penuh Pengorbanan -Kim Kardashian

 Selebriti Hollywood, Kim Kardashian menyifatkan perkahwinannya selama lima tahun bersama penyanyi rap, Kanye West sebagai penuh dengan pengorbanan terutama sekali kerana Kanye kini sudah berubah dan ingin lebih mendekatkan diri kepada tuhan.  Baca:Kanye West Nekad […]

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Azharina Azhar Nafi Dakwaan Daniesh Suffian ‘Anak Ikan’, Dedah Hubungan Sebenar

Azharina Azhar tepis dakwaan Daniesh Suffian anak ikan.

Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Drama Sun, 21 Jun 2026

Berimej Alim Tapi Aniaya Anak, Watak Lan Siro Dalam Drama Neraka Yang Terhijab Cetus Kemarahan Penonton

Watak Abi yang dibawakan Lan Siro dalam siri Tonton Originals, Neraka Yang Terhijab, menjadi antara topik hangat dalam kalangan penonton sejak drama itu mula ditayangkan pada 4 Jun lalu.

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
error: Content is protected !!