Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi October 7, 2025 @ 9:17am

Shahidan Izwan Akur Rezeki Lakonan Semakin Perlahan, Kini Fokus Jana Pendapatan Sendiri

Pelakon Shahidan Izwan mengakui perjalanan karier lakonannya semakin perlahan sejak mendirikan rumah tangga, meskipun masih aktif mencari peluang dalam industri seni.

Menurut Shahidan, dia tidak pernah meletakkan bayaran tinggi atau bersikap cerewet terhadap tawaran lakonan, malah sentiasa terbuka untuk berunding dengan pihak produksi.

Namun, rezeki dalam bidang tersebut dilihat belum benar-benar menyebelahinya.

“Saya sendiri hairan. Ada yang kata rupa saya macam orang Pakistan, bukan wajah ‘Korea’ yang tengah ‘in’ sekarang.

“Tapi saya tetap minat berlakon, apa sahaja drama pun saya suka,” katanya.

Menafikan dakwaan kononnya kadar bayaran tinggi menjadi punca kurangnya tawaran, Shahidan menegaskan dia sebenarnya sangat fleksibel dan bersedia menyesuaikan diri mengikut kemampuan produksi.

Walaupun kerap menghadiri sesi uji bakat serta menghubungi pihak produksi secara langsung, nasib masih belum berpihak kepadanya.

“Dulu saya banyak berurusan dengan pengarah, tapi selepas berkahwin, karier saya banyak berubah,” ujarnya.

Kini tanpa pengurus, Shahidan bergerak secara sendiri dengan bantuan seorang pegawai perhubungan awam (PR).

Dalam masa sama, dia turut melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung kehidupan bersama isteri yang sedang hamil anak pertama.

Selain berlakon, Shahidan kini menguruskan sebuah bengkel, menyertai program affiliate dan menjalankan siaran langsung di TikTok sebagai sumber pendapatan baharu.

“Sekarang saya lebih cenderung kepada media sosial untuk mencari rezeki,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Jul 2023
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Raysha Rizrose Selamba Tayang Bentuk Buah Dada

Alahai, teruknya netizen sekarang kan?

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Thu, 12 Dec 2024
Hiburan Thu, 17 Oct 2024
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kantoi! Universiti Malaya Nafi Boy Iman Calon PHD

Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami!

error: Content is protected !!