Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 3:01pm

Syamel Kembali Dengan ‘Beribu Tanda Tanya’, Lagu Sarat Emosi & Penuh Makna

Penyanyi bersuara emas, Syamel kembali mencuri perhatian peminat muzik tanah air dengan single terbaharunya berjudul ‘Beribu Tanda Tanya’, sebuah karya penuh emosi dan persoalan jiwa yang pastinya menyentuh hati pendengar.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim ini mampu membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang dibelenggu keresahan dan persoalan tanpa jawapan.

Kata Syamel, lagu baharunya ini adalah tentang persoalan yang banyak memeblenggu fikiran dan hati seseorang.

“Cerita mengenai lagu Beribu Tanda Tanya adalah tentang persoalan yang banyak membelenggu fikiran dan hati seseorang.

“Dia meluahkan rasa melalui nyanyian, penuh dengan harapan, kesedihan dan tanda tanya yang tidak berpenghujung,” katanya.

Menariknya, keseluruhan proses rakaman lagu dijalankan di Voltalab Sound Studio yang terletak di Manchester, United Kingdom, di bawah bimbingan Edry Abdul Halim.

Lagu ‘Beribu Tanda Tanya” merupakan projek usahasama antara Universal Music Malaysia dan Alternate Records, yang turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan penerbitan lagu ini.

“Lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu yang ‘mahal’ sebab saya perlu ke Manchester untuk berjumpa dengan Edry yang menetap di sana. Semua proses, dari rakaman hingga ke pembikinan visualizer dilakukan sepenuhnya di Manchester.

“Pengalaman merakam lagu ini sangat ‘priceless’ sebab kami menggunakan khidmat jurutera bunyi tempatan dan studio yang penuh sejarah. Antara artis legenda UK seperti Oasis pernah merakamkan lagu mereka di studio ini.

“Lagu ini sangat unik dari segi penceritaan, ia dibina berdasarkan soalan yang diajukan dalam lirik. Ramai yang mungkin pernah alami situasi hubungan yang tergantung tanpa jawapan.

“Jadi saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa dekat dengan kisah ini,” jelasnya.

Lagu Beribu Tanda Tanya turut akan menjadi lagu tema (OST) bagi drama bersiri terbaru berjudul Doa Yang Terlindung. Drama ini bakal ditayangkan di Media Prima tidak lama lagi dan dijangka menyentuh hati penonton dengan jalan cerita penuh emosi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Trending Mon, 9 Apr 2018

Wow! Nenek 97 Tahun Masuk Acara Angkat Berat

Terdahulu, beliau merupakan seorang bekas guru tarian yang amat meminati sukan. Segalanya bermula sejak beliau berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

邓紫棋「15秒真假音转换」重现《还珠格格》片尾曲

经典电视剧《还珠格格》开播至今已经20年,无论是剧中角色或原声带,都让观众回味无穷,大家还记得片尾曲《雨蝶》吗?原唱李翊君的独特唱腔,诠释出最坚强的温柔,事隔多年,邓紫棋和张靓颖重现这首歌,刷新了该曲给人的印象。

Events Thu, 11 Jul 2024

Bapa Baby Syifa Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Allahu, banyak sangat kes selewang duit sekarang ni kan😡

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Sweet! Tular Video Andi Arsyil Tersipu Malu ‘Wish’ Birthday Puteri Sarah

Merah merah muka Andi Arsyil wish birthday Puteri Sarah ya

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Ariana Grande, a Racist Plagiarist?

A lawsuit might be on Little Red’s next track.

Trending Thu, 2 Apr 2020
error: Content is protected !!