Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 15, 2025 @ 11:08am

Putera Mateen Umum Khabar Gembira, Dayang Anisha Rosnah Kini Hamil Anak Pertama

Khabar gembira dari Istana Brunei apabila Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah mengumumkan bahawa isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, kini sedang hamil anak pertama mereka.

Berita penuh bahagia itu dikongsi sendiri oleh Putera Mateen, 34, menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya, semalam.

“And then there were 3,” tulisnya ringkas namun cukup bermakna, diiringi foto romantis bersama isteri tercinta.

Menerusi gambar berkenaan, pasangan diraja itu tampil menawan dalam busana serba putih, berpimpinan tangan di atas balkoni cukup jelas memancarkan aura cinta dan kebahagiaan.

Dayang Anisha, 30, kelihatan berseri sambil memegang perutnya, seolah memberi bayangan kehadiran bakal pewaris diraja yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mateen (@tmski)

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk tidak mendedahkan usia kandungan, sekali gus menambah rasa ingin tahu dalam kalangan peminat dan rakyat Brunei.

Tidak lama selepas pengumuman itu, ruangan komen Instagram Putera Mateen dibanjiri ucapan tahniah serta doa agar proses kehamilan dan kelahiran nanti dipermudahkan.

Untuk rekod, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah melangsungkan perkahwinan diraja selama 10 hari pada Januari 2024, yang turut menjadi tumpuan media antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
Trending Wed, 18 Apr 2018

Apa Salah Anak Saya? Nora Danish Kesal Baby Ney Ney Pula Jadi Mangsa Buli Siber

Aktres Nora Danish kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

Featured Fri, 8 Oct 2021

“Bantu Kesihatan Mental”- Dilantik Utusan Khas Presiden Di PBB, BTS Sumbang Lebih RM15 Juta Menerusi Kempen Love Myself

Kumpulan K-Pop terkenal BTS yang dilantik sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru baru ini berjaya mengumpul dana sebanyak USD 3.6 juta (lebih RM15 […]

Hiburan Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Wed, 22 Nov 2017

KATY PERRY AND THE WEEKND JUST WENT ON A DINNER DATE!

It seems like now this motherf**king Staryboy has moved on to a more mature lady.

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Nabil Ahmad

“Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita…”

error: Content is protected !!