Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2025 @ 1:33pm

Tular Video Wanita Suara Menyeramkan Jerit ‘Sakit, Sakit, Sakit’ Beberapa Saat Sebelum Amad Dayyan Mula Persembahan

Kesihatan penyanyi berbakat besar, Amad Dayyan yang secara tiba-tiba tidak sihat lima minit sebelum melakukan persembahannya pada malam kemuncak program realiti hiburan sehingga kini hangat menjadi sebutan ramai.

Malah, sebelum ini timbul dakwaan mengatakan keadaan Amad pada malam final itu dipercayai terbabit dengan perkara mistik.

Perkara tersebut mula menjadi tumpuan ramai apabila Amad mengadu belakang badan dibahunya berat, tekak perit, serta kaki sebelahnya seperti tidak boleh berjalan.

Susulan itu, menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, ada individu memuat naik sebuah video sebelum anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memulakan persembahannya di pentas.

Ketika itu, peminat memberikan sokongan dan sorakan yang kuat kepada Amad, namun ada suara wanita misteri dalam video tersebut dipercayai menjerit ‘sakit, sakit, sakit’ yang kedengaran agresif dan kasar.

Video tersebut turut menunjukkan keadaan Amad yang terus sakit dan memegang bahunya menunjukkan berat sejurus selepas suara wanita misteri itu.

@uncle_mayul

12 Oktober 2025. Konsert Grand Finale Talk To My Manager. Artis : @⚗️AMAD⚗️ Manager : Ibu @sitinursairahtarudin_new Apa yang terjadi Amad tetap nombor satu di hati Amadzon. Semoga ALLAH sentiasa menjaga dan melindungi Amad, ibu dan seluruh ahli keluarga di dunia dan akhirat. Amin.. #amaddayyan #sitisaerah #amadzon #talktomymanager #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – uncle mayul – uncle mayul

Sebelum ini, Ustaz yang merawat Amad memaklumkan benda halus yang menganggangu Amad adalah perempuan.

Artikel Berkaitan: “Benda Ni ‘Perempuan’, Bahu Dia Berat & Sakit” – Ustaz Dedah Detik Cemas Amad Tumbang Akibat Gangguan Mistik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 22 May 2026

“Aku Just Nak Hak Aku Balik, Susah Payah Aku Kumpul Duit Sendiri Tapi Ini Yang Aku Dapat” – Syida Melvin 

Syida mengakui dia hanya mahukan hak miliknya dikembalikan selepas segala pengorbanan dan usaha yang dilakukannya sebelum ini.

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

四叶草客串演出泰国爆笑爱情喜剧《限时好友》

马来西亚「查某」Joyce四叶草再次冲出马来西亚参与泰国电影拍摄!

Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

error: Content is protected !!