Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2025 @ 1:52pm

“Tak Ada Manusia Nak Kahwin Dan Lalui Perceraian”- Azza Elite Kongsi Cerita Sebaik Bercerai

Pelakon dan juga anggota Kumpulan Elite, Azza meluahkan rasa sebak apabila mengetahui mengenai perceraian rakan artis baru-baru ini.

Katanya, dia sebak dan sedih dengan ujian yang menimpa pasangan tersebut kerana pernah melalui situasi sama beberapa tahun yang lalu.

Tambah Azza atau nama lengkapnya, Noor Azzarima binti Zawari, ketika proses perceraian berlaku pada perkahwinan pertamanya dahulu,  selain berasa sesal dia juga sukar untuk menerima kehidupan baharunya.

“Sedih dan sebak membaca perceraian sahabat-sahabat yang diuji. Saya pernah melaluinya.

“Anda tahu tak, ada satu hari selepas perceraian, say amembuat kopi  tapi tak minum. Bila ditanya untuk siapa, saya cakap untuk suami saya.

“Padahal masa tu saya sudah bercerai. Kemudian saya naik atas melalak macam nak rak. Sesal. Itu kisah cerai saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Azza menegaskan, tidak ada manusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dan kemudian melalui proses perceraian.

“Tak ada manusia pun nak berkahwin dan melalui perceraian.

“Bila berkahwin kali kedua selepas enam tahun solo. Saya berazam menjadi isteri yang baik,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Video Lucah Aiman Tino Viral, Syafiq Kyle Tampil Beri Nasihat

Sebelum melakukan perkara yang bercanggah dengan adat, agama fikirlah insan yang tersayang

Featured Thu, 30 Dec 2021

“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu. Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di […]

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan […]

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Featured Mon, 21 May 2018
error: Content is protected !!