Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 18, 2025 @ 8:12pm

“Doakan Mereka Dapat Hidayah” – Fattah Amin Pelik Ada Rakan Artis Diboikot Kerana Hadir Majlis Kahwin

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa pelik terhadap tindakan segelintir pihak yang dikatakan memboikot rakan artis hanya kerana menghadiri majlis perkahwinan.

Menurut hero drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir ini, dia tidak memahami tujuan gerakan tersebut dan berharap agar pihak yang terlibat diberi petunjuk untuk berubah.

“Sejujurnya, saya tidak faham dengan perkara terbabit. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim. Lepas tu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham.

“Apa yang boleh saya katakan, janganlah kita buat benda itu. Kita doakan orang yang nak buat boikot itu diberi hidayah ataupun petunjuk untuk dia ubahlah,” katanya.

Fattah berkongsi pandangannya ketika ditemui pada majlis minum petang The Garden Of Love Fattmira anjuran UTV, sebentar tadi.

Tambah bapa seorang cahaya mata ini, biarpun dirinya tidak terkesan secara langsung, dia tetap bersimpati dengan mereka yang menjadi sasaran boikot.

“Saya tidak begitu terkesan sebab tidak berlaku pada saya tetapi mangsa boikot itu. Jadi, saya doakan supaya orang yang nak boikot itu diberikan petunjuk dan hidayah untuk berubah,” ujarnya.

Sementara itu, isterinya yang juga penyanyi Amira Othman turut sependapat dan menyifatkan situasi tersebut sebagai lumrah dalam dunia hiburan.

Tambah pelantun lagu Jaga Jaga ini, setiap individu berhak menyokong sesiapa yang mereka gemarj, namun dia dan Fattah memilih untuk kekal positif.

“Lumrah bergelar anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati, kecil hati atau marah.

“Saya yakin setiap individu ada pilihan masing-masing. Kalau nak memboikot itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboikot.

“Tapi tak mengapa, saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila segelintir pengguna internet melancarkan gerakan boikot terhadap beberapa selebriti yang menghadiri majlis pernikahan Fattah dan Amira pada 14 September lalu di Sepang.

Antara nama yang disebut termasuk Ernie Zakri, Anzalna dan Nabila Razali.

Terbaharu, Fasha Sandha turut menjadi sasaran selepas berkongsi foto menghadiri majlis resepsi pasangan itu di Johor, baru-baru ini.

Kredit foto: @thefa_team

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Wed, 15 Aug 2018

King Coco Pertahan Peniaga Barangan Fake?

Bintang Insta terkenal ini nampaknya tak ‘pilih bulu’ dalam membuat paid review. Original atau fake item, asalkan barang itu baik untuk diguna pakai, why not kan?

#ThrowbackXTRA Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Featured Mon, 7 Apr 2025

Bonda Rozita Enggan Jaja Aib Perkahwinan Terdahulu – “Anak Saya Sendiri Tak Perlu Tahu”

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupannya termasuklah isu perkahwinan terdahulunya.

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Hiburan Mon, 15 Dec 2025

Netizen Dakwa Eyka Farhana Hamil – “Soft Launch Baby Bump Ni”

Eyka Farhana curi tumpuan, didakwa berbadan dua

Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Pelantun lagu ‘Semakin Hari Semakin Rindu’ ini memohon netizen termasuk jiran tetangga memberikannya sedikit ruang privasi.

error: Content is protected !!