Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin October 21, 2025 @ 10:56am

Sesat Tiga Jam Di Hutan Selepas Lalu Kubur Lama, Ibu Bawa Bayi 3 Bulan Hanya Mampu Tawakal – “Anak Saya Menangis Berterusan”

Pengalaman mencemaskan dilalui oleh Fadylla Ismail, 34, apabila dia tersesat lebih tiga jam di kawasan hutan selepas melalui tanah perkuburan lama di Kampung Batu 3, Bangi Lama, pada Sabtu lalu, memetik laporan BH Online.

“Kiri sungai, dikelilingi hutan, di hadapan lubang besar… saya cuma mampu tawakal,” katanya mengenang detik mencemaskan itu.

Menurut Fadylla, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan menghantar pembantu rumah pulang ke kampung berkenaan sekitar jam 7 malam bersama bayi kecil dan anak saudaranya.

Ia merupakan kali pertama dia ke kawasan itu, dan dia bergantung sepenuhnya pada aplikasi navigasi untuk mencari jalan pulang ke rumahnya di Semenyih.

“Namun, laluan yang ditunjukkan membawa saya melalui jalan sempit dan sunyi berhampiran kawasan perkuburan lama. Saya tak sedap hati bila nampak kawasan kubur kiri kanan, tapi aplikasi navigasi tunjuk terus ke depan.

“Lama-lama makin dalam sampai saya tak tahu di mana. Rangkaian Internet telefon pun hilang,” katanya.

Fadylla yang memandu kereta BMW jenis sedan berkata, jalan yang sempit dan tidak rata menyebabkan kenderaannya tersangkut.

“Saya cuba ubah laluan tapi tak boleh sebab tiada Internet. Jalan depan gelap, belakang lubang besar, kiri pula sungai,” ujarnya.

Situasi menjadi lebih genting apabila bayi lelakinya, Sayf Gibran yang berusia tiga bulan, menangis berterusan dalam keadaan gelap dan sunyi.

“Saya cuba hubungi 999 tapi talian asyik terputus. Masa tu saya dah sesak nafas, serangan anxiety datang. Saya cuma doa moga ada orang jumpa,” katanya.

Walaupun capaian Internet sangat lemah, Fadylla sempat memuat naik hantaran di media sosial bagi meminta bantuan.

“Saya tak sangka video saya dalam kereta tu akan tersebar. Ramai tak tahu saya memang dalam panik dan hampir tak boleh bernafas,” katanya lagi.

Usaha menyelamat dijalankan oleh pasukan polis dari Balai Semenyih dan Kajang bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), yang berjaya mengesan kedudukan Fadylla melalui panggilan kecemasan yang terputus-putus.

“Saya sangat berterima kasih kepada dua anggota polis peronda dan bomba yang selamatkan kami. Dalam keadaan gelap dan saya hampir panik, mereka datang tepat pada masanya,” katanya penuh syukur.

Menurutnya, suami yang bergegas dari tempat kerja turut menyertai pencarian sebelum mereka ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 9 malam.

“Saya sangat bersyukur. Walaupun kereta rosak teruk, nyawa kami selamat. Moga pengalaman ini jadi pengajaran supaya berhati-hati guna aplikasi navigasi terutama bila memandu waktu malam,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bertunang Ogos Lalu

Wahhhh, dalam diam ek she! Alhamdulillah, one step closer Eyka ❤️ Akhyar.

Kisah Viral Wed, 14 Feb 2024

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Haa, jangan main-main dengan Puteri Sarah🔥🔥🔥

Featured Sun, 5 Mar 2023
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 4 Jun 2026

“Pandang Positif! Isu Ini Mungkin Boleh Bantu Ibu Bapa Lain Di Luar Sana” – Iman Troye Backup Ryzal Ibrahim

Iman Troye berkata, tindakan pasangan pempengaruh tersebut adalah atas tujuan sumber rujukan pihak perubatan  selian mahu menyebarkan kesedaran terhadap golongan ibu bapa di luar sana.

Trending Sat, 13 Jun 2020

Kursus PraPerkahwinan Dalam Talian Bermula 1 Julai – Pengarah JAWI

Info penting buat bakal pengantin di luar sana..

Kes Mahkamah Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Trending Mon, 25 Jan 2021
error: Content is protected !!