Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 24, 2025 @ 10:06am

JAIP Sahkan Kamal Adli, Uqasha Senrose Bernikah 4 November 2021 Mengikut Hukum Syarak

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan bahawa pernikahan pasangan selebriti popular, Ahmad Kamal Ahmad Adli atau Kamal Adli, 39, dan Nik Zaris Uqasha Nik Sen (Uqasha Senrose), 33, adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Memetik laporan Berita Harian, JAIP berkata berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, pasangan itu telah dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.

“Majlis akad nikah dijalankan dengan kehadiran dan persetujuan wali mujbir pengantin perempuan, iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.

“Bapa pengantin perempuan telah mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk melangsungkan akad nikah tersebut,” jelas kenyataan itu.

JAIP turut memaklumkan, majlis berkenaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa ketika itu susulan pandemik COVID-19.

“Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah tersebut memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum syarak,” kata JAIP.

Pengesahan itu sekaligus menamatkan spekulasi mengenai status sebenar perkahwinan Kamal dan Uqasha yang kini dilaporkan sedang menghadapi kemelut rumah tangga.

Terdahulu, Uqasha menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa dirinya diperdaya Kamal dan keluarga selepas mendapati tarikh akad nikah tidak sama seperti yang tercatat pada sijil pernikahan mereka.

Menurut pelakon itu, majlis akad nikah sebenarnya berlangsung pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun sijil perkahwinan menunjukkan tarikh 4 November 2021 jam 9.30 malam.

Tidak lama kemudian, hantaran tersebut telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.

Dalam perkembangan berkaitan, prosiding sebutan pertama kes perceraian pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Rabu ditangguhkan ke 28 Oktober ini selepas Kamal tidak hadir ke mahkamah kerana terlibat dalam jadual penggambaran, meskipun telah dimaklumkan mengenai tarikh prosiding lebih awal.

Peguam syarie mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, memaklumkan anak guamnya hadir seawal jam 9 pagi, namun prosiding tidak dapat diteruskan berikutan ketidakhadiran defendan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 20 Nov 2021
Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi

Foto mesra Noor Nabila bersama seorang jejaka berjambang cetus spekulasi.

Trending Mon, 19 Mar 2018

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Haih, bukan senang nak jadi artis Barat yang popular tau. Memanglah seronok apabila dikenali di seluruh dunia.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Featured Wed, 1 Jun 2022
Featured Sat, 17 Jan 2026

Lawan Lagu Antarabangsa, ‘Juliet’ Akim & The Majistret Tembusi Top 3 iTunes

Akim & The Majistret terus mencipta kejayaan apabila single terbaharu mereka, Juliet berjaya menduduki tangga ketiga carta Malaysia iTunes Top Songs

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

#Mentor7: Tak Mahu Protege Tertekan, Hafiz Guna Pendekatan Lebih ‘Fun’

Betul tu…kalau garang sangat pun nanti stress pula pelajar tu kan?

Featured Thu, 1 Jul 2021

i-Citra Guna Dana Akaun 2 Terlebih Dahulu Sebelum Akses Akaun 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan di dalam Akaun 2 pemohon pengeluaran i-Citra. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihaknya akan […]

error: Content is protected !!