Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 27, 2025 @ 5:43pm

Abby Abadi Masih Trauma Isu Nafkah, Nasihat Danish Hakim Fikir Panjang Sebelum Kahwin

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mengakui masih dibayangi trauma isu nafkah, hingga terbawa-bawa dalam fikiran apabila memikirkan masa depan anak lelakinya, Danish Hakim yang kini sedang ‘bercinta’ dengan orang Singapura.

Menerusi hantaran di platform Threads, anggota kumpulan Elite itu mendedahkan dirinya secara spontan menasihati Danish agar berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan individu dari luar negara.

“Kelmarin entah macam mana termimpi pasal isu nafkah. Pagi-pagi jumpa Danish terus ingatkan dia yang sedang ‘berkawan’ dengan orang Singapura supaya berfikir panjang sikit kalau nak kahwin sebab kalau ada isu, nahas!” tulisnya.

Menurut Abby, undang-undang di Singapura lebih ketat dalam hal pembayaran nafkah selepas perceraian.

“Malaysia tak bayar nafkah boleh bersenang-lenang lagi. Singapura kalau bercerai, abaikan nafkah… silap langkah masuk penjara ya,” katanya.

Aktres drama Gerak Khas itu turut mengakui dirinya kini lebih mudah cemas dan terkesan apabila membayangkan kemungkinan buruk yang mungkin dihadapi anak-anaknya kelak.

“Lah! Mamanya pun anxiety teruk sangat ni. Jauh sangat fikirannya terbang. Ini bukan contoh ya, ini fikirkan masa depan. Trauma!” katanya.

Perkongsian Abby itu turut mencuri perhatian netizen yang memahami perasaannya sebagai seorang ibu yang pernah melalui episod perit dalam rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Mon, 26 May 2025
Trending Sun, 8 May 2022
Events Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Penampilan S*ksi & ‘Bertatu’ Dalam Foto Cover Single ‘Pernah Mati-Matian’, Syafeek Ikhwan Undang Kontroversi

Visual promosi lagu baharu Syafeek Ikhwan tanpa berbaju, bertatu dan dalam tab mandi mencetuskan kontroversi.

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

error: Content is protected !!