Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 1, 2025 @ 4:13pm

Aliff Aziz, Mark Adam, Asfan Shah & Ramai Artis Bakal Meriahkan Havoc Trio Festival 2025

Bintang popular Aliff Aziz, Mark Adam dan Asfan Shah bakal menggamatkan pentas Havoc Trio Festival 2025, acara mega hujung tahun anjuran Havoc Event & Management Sdn. Bhd. yang kembali dengan penganjuran lebih besar, penuh warna dan sarat kejutan. Festival ini menggabungkan tiga segmen utama iaitu Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu platform berkonsepkan “Shopping, Eat & Enjoy”.

Acara ini akan berlangsung selama empat hari, bermula 4 hingga 7 Disember 2025 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari. Lebih 300 vendor pelbagai kategori akan menyertai festival ini, termasuk jenama makanan viral, produk gaya hidup, barangan pendidikan dan kelengkapan sekolah, dengan sasaran kehadiran lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.

Menggabungkan elemen membeli-belah, hiburan dan kulinari, festival ini menjanjikan pengalaman penuh warna-warni buat seisi keluarga. Selain jualan akhir tahun dan promosi eksklusif, pengunjung turut berpeluang menikmati diskaun besar-besaran, aktiviti komuniti, persembahan artis dan pelbagai kejutan istimewa setiap malam.

Menariknya, buat pertama kali Havoc Trio Festival memperkenalkan segmen Islamik dan kerohanian yang mengetengahkan nilai spiritual serta perpaduan ummah. Antara program yang akan diadakan termasuk Malam Mahabbah, Malam Kerohanian bersama pendakwah jemputan, persembahan nasyid dan penampilan khas penyanyi lelaki.

Salah satu sorotan utama acara tahun ini ialah kemunculan semula Aliff Aziz, yang dijemput khas untuk membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas Malaysia.

“Pihak Havoc melihat peluang kedua ini sebagai satu bentuk inklusiviti dan semangat baharu dalam dunia hiburan,” kata Datuk Firdaus Nadxaman, Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd.

Menurut Firdaus, Havoc Trio Festival bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi platform untuk menyatukan komuniti merangkumi usahawan, vendor, pelancong dan keluarga.

“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai festival rakyat yang merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun. Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran ramai selebriti, jenama besar serta aktiviti Islamik dan kerohanian yang memberi nilai tambah kepada seluruh pengunjung,” jelasnya.

Ketua Pegawai Operasi Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Faizul Mohd Yusof, turut menambah bahawa aspek teknikal dan keselamatan ditambah baik bagi memastikan keselesaan pengunjung.

“Pasukan Havoc mempertingkatkan struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung dan kemudahan usahawan agar pengalaman di Havoc Trio Festival 2025 lebih lancar dan selesa,” katanya.

Selain Aliff Aziz, Mark Adam dan Asfan Shah, antara selebriti lain yang bakal memeriahkan festival ini termasuk Risteena, Syura Badron, Qistina Raisya, Daud Latah, Chef Ammar, Azza Elite, Saharul Ridzwan, Vokey dan Zarina Zainuddin. Aktiviti menarik seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, persembahan malam kerohanian dan permainan tradisional turut menanti pengunjung.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2019, Havoc Event & Management Sdn. Bhd. dikenali sebagai antara penganjur festival terbesar di Malaysia menerusi siri Havoc Food Festival (HFF) di seluruh negara.

Dengan lebih 70 siri penganjuran di pelbagai negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Johor serta perancangan ke pasaran Brunei, jenama Havoc terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju festival berskala besar dan berimpak tinggi di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Sarah Hildebrand Bukan Obses Kat Remy Ishak, Tapi…

Ingat! Nadine tak obses dengan Danny okay. Nanti adda orang marah tau…

Featured Thu, 27 Feb 2025

Dituduh Ubah Wajah, Fathia Latiff Nafi Lakukan Rawatan Ekstrem

Fathia Latiff enggan mengambil pusing kritikan mengenai perubahan wajahnya.

Trending Mon, 20 Jan 2025

“Pendidikan S*ks Seharusnya Dimulakan Sejak Usia Muda” – Jefri Nichol

Pendidikan seks tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara baru dalam masyarakat.

Hiburan Thu, 16 May 2019

Sakit Buah Pinggang Bukan Penghalang Ebby Yus Berpuasa

Nanti bila dah sihat sepenuhnya, Ebby mahu kembali kembali ke lokasi penggambaran di luar pula. Semoga terus kuat ya!

Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
error: Content is protected !!