Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:19am

GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

Samsung dikatakan sedang menyiapkan pembangunan untuk menghasilkan GPU (kad grafik) mereka yang tersendiri yang dipanggil SGPU. Namun setakat ini tidak dipastikan pasaran GPU mana yang akan diceburi oleh Samsung memandangkan terdapat beberapa gergasi pasaran yang perlu dihadapi mereka.

Khabar angin mula bertiup apabila Samsung telah membawa masuk Dr. Chien-Ping Lu yang dikenali sebagai CP untuk membantu mereka membangunkan produk Samsung. CP dikenali di dalam industri sebagai seorang yang berpengalaman membangunkan produk seperti IGP (Integrated Graphic Processor) nForce dari NVIDIA dan juga MediaTek.

Mengikut Graphic Speak, CP sedang mengetuai pasukan kejuruteraan Samsung yang berpusat di Austin dan San Jose. Mereka dikatakan akan menggunakan teknik SIMD (Single Instruction, multiple data) yang boleh mengurangkan bebanan bagi menghasilkan prestasi yang lebih pantas dan baik.

Yang menarik persoalannya di sini adalah di mana SGPU ini akan berada kerana setiap pasaran peranti mempunyai pesaing yang tersendiri. Di dunia telefon pintar, Qualcomm melalui Adreno telah menjadi penanda aras kepada solusi grafik untuk telefon pintar, diikuti oleh Mali dan juga Apple. Intel dan AMD dengan solusi grafik berintegrasi untuk platform PC dan NVIDIA dengan kad grafik diskret.

Samsung melalui cip Exynos mereka berkemungkinan besar terlebih dahulu menggunakan SGPU ini dan samada mereka akan mengembangkannya ke platfom lain masih menjadi persoalan.

Sumber: Hot hardware, Graphic Speak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 15 Jan 2019

Musim Perayaan Ini Lebih ONG Dengan CJ WOW Shop!

Wow kan rumah anda dengan WOW Your Home!

TECH Fri, 10 Aug 2018

Cara Block Akses Internet Aplikasi dan Game di Android

Memblock akses internet suatu aplikasi atau game yang terinstall di smartphone Android

TECH Fri, 19 Jan 2018

Pindah Tab Butang Tutup di Firefox

Ingin mengubah konfigurasi ‘Firefox’ anda?Bacalah artikel ini.

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah & Pantas Untuk Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Fri, 12 Oct 2018

拍照APP最受欢迎的功能!答案是这两项

拍照已经成为我们日常生活不可或缺的一个部分,而各类拍照APP软件中,最受欢迎的功能就是瘦脸、瘦身? !

TECH Tue, 8 May 2018

有了这种纸质电子书材料「会动的报纸」不再是梦!

还记得哈利波特里面那份配图会动的《预言家日报》吗?现在它们可能要成真了。

TECH Mon, 22 Oct 2018

光鲜亮丽背后「累垮」YouTuber的最后一根稻草

如果要用一个词来形容YouTuber,你会先想到哪个词呢? YouTuber很疯狂、很有趣、很闹、很有创意、看完YouTube觉得长知识⋯⋯?如果反问YouTuber这个问题,他们可能会说自己过劳。

TECH Sat, 14 Jul 2018

Xiaomi Mijia Quartz Watch – Jam Pintar Dengan Harga Mampu Milik

Xiaomi yang terkenal dengan peranti telefon pintar mampu milik kini hadir dengan satu lagi produk dengan paras harga yang sama iaitu Mijia Quartz Watch. Ini merupakan sebuah lagi produk jam tangan pintar dibawah jenama mereka selepas Mi […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

如何避免酒后乱性?佛系智能手环可解决问题

一般来讲,智能手环更多的是为了检测身体健康状况而开发的产品,而New Deal Design最近却开发除了一套全新功用的智能手环,竟然能避免酒后乱性?

TECH Wed, 25 Jul 2018

Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti

Permainan video semakin popular dimainkan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kita sudah melihat pelbagai permainan video yang biasanya dimainkan pada komputer sudah dibangunkan untuk platform telefon pintar. Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah […]

error: Content is protected !!