Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:26am

Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Sejak beberapa hari lalu, nama Elon Musk menjadi tular di laman Twitter. Ia bukan kerana usahanya dalam mengeluarkan mangsa yang terperangkap di gua Thailand, namun disebabkan penggunaan namanya oleh spam bot yang dikaitkan dengan pengiklanan penipuan matawang kripto.

Atas sebab itu, Twitter kini akan mengunci setiap akaun yang menggunakan nama paparan ‘Elon Musk’ bagi mengesan spam bot yang terlibat. Bagi pengguna yang menggunapakai nama tersebut, anda akan diminta untuk mengesahkan nombor telefon dan menyempurnakan ujian CAPTCHA sebelum dibenarkan untuk mengakses akaun anda semula.

Twitter mendakwa mereka perlu untuk mengambil tindakan berikut bagi mengesan dan membanteras kelakuan dan aktiviti yang meragukan daripada pengguna mereka. Untuk pengetahuan anda, spam bot tidak akan dapat menyempurnakan ujian CAPTCHA tersebut dan ia sekaligus akan membantu usaha Twitter untuk mengesan mereka.

Sebelum ini Twitter telah memadam jutaan akaun yang diragui dan dikenalpasti sebagai bot dari laman sesawangmereka. Tindakan mereka kali ini menunjukkan mereka benar-benar serius dalam memastikan platform tersebut bebas dari aktiviti dan salah laku atas talian yang tidak sepatutnya.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 5 Jul 2018

Maybank2U Berwajah Baru, Tampak Ringkas Dan Moden

Pelbagai langkah dan cara digunakan pihak bank untuk memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Antara bank yang kerap melakukan perubahan terhadap perkhidmatan serta penambahbaikan adalah Maybank dimana mereka tampil dengan antaramuka laman web Maybank2U […]

TECH Sat, 11 Jan 2020

Perbezaan Antara Bateri Graphene Dan Lithium-Ion

Teknologi bateri telefon pintar adalah agak bagus pada masa ini. Tetapi, ada satu perkara yang mungkin peminat gajet merasa tidak pernah cukup iaitu jangka hayat bateri yang lebih baik. Alangkah indahnya  jika kuasa peranti boleh […]

TECH Sun, 19 Aug 2018

Cara Membuat Potongan (Split Scene) Pada Babak Video Dengan VLC

Berikut kami kongiskan tutorial untuk anda membuat pemotongan babak – babak pada video (Split Scene) dengan mudah dan pantas menggunakan perisian VLC pada PC.

TECH Wed, 29 Aug 2018

Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Terdapat cara lain untuk mencari gambar yang telah anda cari sebelum ini tanpa menggunakan butang ‘history’ pada ‘Browser Chrome’ anda.

TECH Sat, 4 Aug 2018

Sembunyikan Status Online Pada Instagram

Berikut kami kongsikan cara untuk anda Menyembunyikan Status Online Pada Instagram.

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Sun, 12 Jan 2020

Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket

Dengan adanya lebih daripada 15 jenis plag dan soket dinding digunakan di seluruh dunia, perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara adalah mengenal pasti penyambung mana yang harus kita bawa. Bak kata […]

TECH Thu, 18 Oct 2018

Sewa Pocket WiFi Serendah RM20 Sahaja Untuk Travel

Peranti sewa wifi diprogramkan menggunakan teknologi CloudSim bermaksud pengguna tidak perlu berurusan dengan kad sim fizikal.

TECH Sat, 3 Nov 2018

Data Internet Cepat Habis?

Data internet habis cepat?, ini untuk menjimatkan penggunaan data anda.

Automobile Mon, 20 Nov 2017

MALAYSIANS ARE GENUINELY IN LOVE WITH THE NEW PERODUA MYVI, HERE’S WHY

Now, it seems like the 2018 version will come with even more brand new high tech features, taking this all-time favourite car to a whole new level. Here’s a walkthrough on the latest additions to the Myvi.

error: Content is protected !!