Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2025 @ 10:52am

Dolla Lancar Single Baharu ‘Question’, Angkat Kisah Pengkhianatan, Patah Hati & Kekuatan Diri

Kumpulan wanita sensasi tanah air, Dolla kembali dengan single terbaharu berjudul Question, yang dilancarkan secara rasmi hari ini.

Lagu pop bernada emosi dan bertenaga itu menampilkan sisi kematangan kumpulan tersebut dalam menyampaikan kisah pengkhianatan, patah hati dan perjalanan menemukan semula kekuatan diri.

Menurut anggota Dolla, Tabby, Question bukan sekadar lagu tentang pasangan yang curang, tetapi juga simbol kepada keberanian terutama ketika berdepan dengan emosi dan kelemahan diri sendiri.

“Lagu ini tentang berdepan dengan pasangan yang curang, tetapi pada intinya ia tentang berdepan dengan perasaan sendiri.

“Ia tentang membenarkan diri untuk rasa sedih dan terdedah, untuk jujur dengan emosi tanpa menyembunyikannya,” katanya.

Lagu tersebut dicipta oleh Justin Seow, Kuizz, Aziz Harun, serta tiga anggota DOLLA sendiri iaitu, Tabby, Sabronzo dan Angel.

Question turut diterbitkan oleh Justin Seow dan Kuizz yang berjaya mengekalkan identiti muzik DOLLA dengan sentuhan pop moden dan nuansa funky yang segar.

“Kami menerima demo luar biasa daripada Kuizz dan Justin dengan korus yang sangat ‘catchy’. Kami ubah sedikit bahagian instrumental dan lirik supaya emosi lebih terasa. Proses rakaman sangat menyeronokkan dan penuh tenaga positif,” jelanya.

Tampil koreografer berbakat asal Thailand

Selain melodi yang memikat, Question turut menampilkan tarian koreografi bersemangat hasil kerjasama bersama Akkaraphol Prompen, koreografer berbakat dari Thailand.

“Koreografi kali ini menggabungkan pergerakan feminin dengan formasi yang unik.

“Kami mahu ia kelihatan yakin tetapi tetap menyeronokkan. Prosesnya sangat kolaboratif dan akhirnya kami beri ruang kepada Earth-E untuk tonjolkan gaya uniknya,” ujar Sabronzo.

Lebih menarik,  muzik video Question hadir dengan konsep retro diner yang penuh warna dan gaya yang juga dirakam di Fowlboys, The Campus, Ampang.

“Kami pilih tema diner retro yang menyeronokkan. Penggambaran dijalankan di luar waktu operasi dan agak mencabar, tapi hasilnya sangat berbaloi.

“Dalam video ini, kami konfrontasi ‘teman lelaki’ yang curang,  malah ada babak kami ‘seret’ versi mininya!” kata Angel.

Muzik video berkenaan bukan sekadar hiburan visual, sebaliknya menyampaikan mesej keberanian dan pemberdayaan diri wanita untuk bangkit selepas dikhianati.

Selepas pelancaran Question, Dolla kini bersedia melangkah ke tahun 2026 dengan perancangan besar  termasuk pelancaran album penuh baharu dan jelajah promosi di seluruh Asia Tenggara.

“Kami sangat teruja untuk berkongsi lebih banyak muzik dan berhubung dengan peminat di luar Malaysia,” tambah Angel.

Dalam pada itu, Dolla juga bakal tampil dalam konsert ‘Good Girls Gone Bad’ yang dijadualkan berlangsung pada 6 Disember 2025, sekali gus menjanjikan persembahan penuh tenaga dan gaya tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

MASIH RELEVAN KE, NOAH?

Selepas lebih 6 tahun tahun menyepi, akhirnya Kumpulan Noah bakal kembali menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini.

Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Trending Thu, 9 Jan 2020

Gempa bumi 6.5 magnitud landa Puerto Rico

Gempa bumi kuat melanda selatan Puerto Rico pada 7 Januari pagi, kata Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat. Gempa bumi pada skala 6.5 magnitud itu melanda kawasan 13.6 kilometer di selatan bandar Ponce, kata Peninjau Geologi Amerika […]

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

What Actually Happened to Ailee? Why isn’t She Promoting on Music Shows?

Fans are starting to realize is that Ailee has been missing for music shows line-up despite the long-awaited comeback from Ailee after almost three years of hiatus.

error: Content is protected !!