Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:48am

Huawei Sasar Untuk Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Awal Berbanding Samsung

Kami pernah melaporkan berkenaan perancangan Samsung untuk menghasilkan sebuah peranti Android boleh lipat, Samsung Galaxy X pada tahun hadapan. Huawei nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam mengeluarkan perantidengan teknologi yang sama, menurut laporan Nikkei Asia.

Malah, menurut laporan berkenaan, Huawei mensasarkan untuk melancarkan peranti tersebut lebih awal berbanding pesaingnya itu. Peranti itu dikatakan akan menggunapakai panel skrin fleksibel LED yang akan dibekalkan oleh syarikat BOE Technology Group.

Syarikat yang berasal dari China itu sebelum ini dilaporkan akan membekalkan panel skrin bagi kegunaan peranti Huawei secara besar-besaran. Antara peranti terawal yang dijangka akan menggunakan skrin daripada BOE ialah Huawei Mate 20 Pro.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa keluaran pertama bagi peranti boleh lipat yang belum dinamakan ini mungkin berjumlah agak kecil iaitu pada 20,000 – 30,000 unit sahaja. Namun, sekiranya mendapat sambutan ramai, mereka pasti akan meningkatkan jumlah pengeluaran selepas itu.

Walaupun ciri ini menjadi antara ciri yang dinantikan oleh pengguna telefon pintar, daya tahan sesebuah peranti boleh lipat masih menjadi tanda tanya setakat ini. Samsung sebelum ini mendakwa, model Samsung X mereka mampu bertahan sehingga 20,000 kali lipatan.

Sama-sama kita nantikan kelahiran semula peranti boleh lipat ini selepas sekian lama meninggalkan kita sejak ciri paparan skrin sesentuh diperkenalkan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 8 Dec 2018

3 Kesan buruk Penggunaan “Headphone”

Tahukah anda penggunaan earphone atau headphone mampu memudaratkan telinga anda? Ketahui kesan-kesannya disini.

TECH Thu, 13 Sep 2018
TECH Mon, 25 Jun 2018

Kongsi WiFi iPhone Tanpa Mendedahkan Kata Laluannya

Perkara ini sudah biasa kepada pengguna Android, namun kepada pengguna iPhone dengan iOS 11 dan terkini ianya mungkin jarang diketahui. Berikut kami kongsikan cara untuk anda kongsikan sambungan WiFi menggunakan peranti Apple tanpa memerlukan kata laluan. Caranya […]

TECH Tue, 7 Aug 2018

“Block” dan “Unfollow” Instagram Orang Lain Tanpa Diketahui

Instagram kini mempunyai butang ‘Mute’ untuk ‘followers’.

TECH Wed, 9 Oct 2019

IG取消「Following」追踪功能!再也法看到他人活动纪录

Instagram 最新抛出震撼弹,取消「追踪中」的所有活动纪录!

TECH Sat, 29 Sep 2018

4 Cara Mudah untuk Menguatkan Isyarat WiFi

cara untuk menguatkan isyarat WiFi supaya sambungan menjadi lebih stabil

TECH Tue, 16 Oct 2018
TECH Sun, 15 Jul 2018

Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Mi A2 Lite, Mungkin Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Salah satu model kelas pertengahan yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu adalah Mi A1, telefon pintar pertama dari Xiaomi dilengkapi dengan Android Asli. Terkenal dengan harga mampu milik serta tetapan dwi kamera, ia menjadikan […]

TECH Sat, 5 Jan 2019

Apa Langkah Google Untuk Memastikan Keselamatan Aplikasi Di Android?

Keselamatan peranti sebenarnya bermula dari diri sendiri, Jangan klik pautan yang tak diketahui keselamatannya!

Automobile Mon, 14 May 2018

Fast Lane开太慢原来是会收到传票的!

爱在 Fast Lane 慢慢思考人生的朋友们,这篇文章是专为你们而写的!

error: Content is protected !!