Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:52am

Fuchsia Ganti Android, Betul Atau Tidak?

Dua tahun lalu, Google secara senyap telah membangunkan satu sistem operasi baru dikenali sebagai Fuchsia.

Berbeza dari sistem operasi yang lain, Fuchsia tidak dibangunkan dengan kernel Linux tetapi berasaskan mikrokernel baru yang dipanggil Zircon dimana awalnya dikenali sebagai Magenta. Setahun kemudian, timbul pula informasi mengenai antaramuka Armadillo yang dijalankan pada sistem operasi Fuchsia.

Beberapa sumber menyatakan pasukan pembangun mahu menjadikan Fuchsia sebagai satu sistem operasi kendiri yang boleh mengintegrasikan peranti Google serta menjadi otak kepada perkakasan Google Smart Home.

Dikhabarkan pembangun menyasarkan tempoh tiga tahun lagi untuk semua perkakasan pintar mengoperasikan Fuchsia sementara penawaran untuk peranti mudah alih pula dalam masa 5 tahun mendatang.

Sundar Pichai

Hiroshi LockheimerMenurut laman Cnet, Sundar Pichai (CEO Google) dan Hiroshi Lockheimer selaku ketua Android, Chrome OS dan Chromecast belum lagi memberi lampu hijau kepada projek berkenaan.

” Fuchsia adalah satu dari beberapa projek sumber terbuka Google. Buat masa sekarang, kami masih belum bersedia memberikan perincian lain tentang projek tersebut.” ujar Google.

Ini memberi gambaran bahawa Fuchsia masih samar-samar dan spekulasi menyatakan ia hanyalah projek “mainan” kepada pembangun senior Google, iaitu sekadar menjadikan mereka sibuk dan tidak berpindah ke syarikat yang lain.

Jika difikir balik, langkah untuk menggantikan Android adalah suatu yang agak sukar memandangkan sistem operasi itu mempunyai jumlah pengguna yang ramai. Apa pula pendapat anda?

Sumber: Cnet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 16 Jan 2018

5 Tips Mudah Lajukan Komputer

Ini dikongsikan beberapa cara untuk melajukan komputer anda tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

TECH Sat, 21 Apr 2018

iPhone SE 2 Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Apple Inc dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaru mereka, iPhone SE 2 seawal bulan hadapan, menurut laporan sebuah laman Jepun, Macotakara. Ia merupakan penyambung legasi bagi peranti iPhone SE pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan bakal mempunyai spesifikasi yang menyerupai […]

TECH Sat, 6 Jul 2019
TECH Wed, 11 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018

Selepas hadir dengan senarai 10 Telefon Pintar Terbaik Jun 2018, Antutu sekali lagi berkongsi maklumat mengenai 10 telefon pintar yang paling digemari untuk bulan terbabit. Model tersenarai merupakan peranti Android yang mendapat penilaian tertinggi dari pengguna aplikasi Antutu […]

Automobile Thu, 13 Sep 2018

38 Lamborghinis Already Sold This Year!

I wonder if any of them were purple…

TECH Tue, 1 May 2018

Ais Kacang – Aplikasi Podcast Yang Anda Patut Cuba

Ais Kacang adalah antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia apa lagi ketika cuaca yang panas. Ais Kacang tambah cendol dan durian, perghhh…tak terkata lazatnya! Namun demikian, tahukah anda, Ais Kacang juga adalah satu nama aplikasi podcast […]

Fab Foodies! Mon, 20 May 2019
TECH Thu, 20 Sep 2018

Cara Sembunyikan Foto Dan Video Pada Kiriman Whatsapp

Kami kongsikan cara mudah untuk menyembunyikan gambar dan video daripada aplikasi Whatsapp.

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’

TECH Sat, 25 Jan 2020

Cara Mengukur aras ketinggian Menggunakan iPhone

Kepada anda yang memerlukan maklumat tentang ketinggian berdasarkan aras laut, berikut kami kongsikan cara untuk mengukur aras ketinggian menggunakan peranti iphone. Pertama sekali pasang aplikasi My Altitude pada peranti iPhone. Sekiranya anda menggunakan iphone 7 dan keatas […]

error: Content is protected !!