Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:01am

Minat Nak Pakai Kamera Keluar Masuk? Vivo NEX Kini Rasmi Pada Harga RM2799

Pejam celik pejam celik hampir 5 bulan Vivo NEX dipertontonkan buat pertama kali pada acara Mobile World Congress Februari yang lalu dan kini ia telah rasmi buat peminat tempatan.

Tak mahu kelihatan pelik dengan skrin bertakuk, Vivo tampil lebih pelik dengan kamera swafoto yang boleh disembunyikan. Idea yang ditonjolkan pada peranti ini memberi ruang kepada syarikat pengeluar membawakan paparan skrin yang lebih luas berbingkai nipis.

Berada dalam kelas flagship, Vivo NEX dilengkapi dengan skrin Super AMOLED Ultra Fullview berukuran 6.59 inci dengan nisbah skrin ke badan 91.24%.

Spesifikasi dalaman pula dikuatkan dengan penggunaan cip pemprosesan pujaan ramai, Snapdragon 845, RAM 8GB, dan storan dalaman 128GB dengan sokongan memori tambahan melalui slot kad MikroSD.

Vivo NEX menggunakan tetapan dwi kamera belakang yang menggabungkan lensa 12MP + 5MP dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS). Ciri utama yang dipertaruhkan pada model ini adalah kamera swafoto yang boleh bergerak keluar masuk, menggunapakai lens 8 MP.

Lain-lain ciri yang memperkemaskan peranti ini adalah pengimbas cap jari yang terbina pada skrin, bateri berkapasiti 4000 mAh, port USB Type C, dan antaramuka Funtouch OS 4.0 berasaskan Android Oreo 8.1.

Akan mula ditawarkan pada 28 Julai secara dalam serta luar talian disemua pengedar sah Vivo Malaysia termasuk platform Lazada, 11Street, Shopee dengan tanda harga RM2799.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 13 Jun 2018

Cara Untuk Maksimumkan Prestasi iPhone Lama

Jika IPhone lama anda terasa semakin hari semakin perlahan,anda boleh cuba tips ini.

TECH Wed, 15 Aug 2018

YouTube Perlahan Pada Safari, Edge Dan Firefox?

Berikut cara untuk mengatasi masalah YouTube Perlahan dialami pengguna pelayar Safari, Edge, Firefox, dan lain – lain.

TECH Sun, 10 Feb 2019

Youtube Vanced, Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Siapa yang kaki Youtube mungkin dah familiar dengan aplikasi ini, tapi bagi yang baru dengar, ini aplikasi Youtube sebenar untuk anda.

TECH Sun, 4 Mar 2018

Tips Hentikan Aplikasi Luar Daripada Mengakses Akaun Facebook

Tahukah anda bahawa pendaftaran aplikasi pada peranti pintar dengan menggunakan akaun Facebook berkemungkinan akan menyebabkan maklumat peribadi anda terdedah?

Automobile Thu, 4 Jul 2019

老司机开车就很稳?有这五个习惯 新手也可以很稳!

很多人对于老司机和开车稳有一个错误的认知,老司机虽然说技术好,但是开车比一定的稳,不一定会让乘坐的人舒服。

TECH Mon, 16 Dec 2019

Kerap Guna Telefon Sambil Mengiring, Tulang Belakang Membengkok

Alamak tulang belakang boleh bengkok bahaya ni.

TECH Tue, 14 May 2019

Prep Yourself for Raya with Lazada’s Raya Together-gether Campaign

It’s all about being with our family members during the holidays.

TECH Tue, 3 Jul 2018

Tetapan Baru WhatsApp, Hanya ‘Admin’ Yang Boleh Menghantar Mesej

Penggunaan kumpulan Whatsapp sememangnya memudahkan urusan menyampaikan maklumat terutama dalam kumpulan yang besar. Namun, suasana dalam kumpulan Whatsapp akan menjadi huru-hara apabila semua ahli kumpulan mula berbual antara satu sama lain dan melupakan tujuan utama perbualan dalam kumpulan itu. […]

TECH Mon, 30 Sep 2019

Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Siapa yang tak nak wifi kan

TECH Thu, 5 Jul 2018

Pirate Bay Guna CPU Anda Untuk Melombong Mata Wang Kripto

Sekitar Oktober tahun lalu kita dikejutkan dengan isu Pirate bay yang mengeksploitasi CPU pengguna untuk melombong mata wang kripto. Terdapat perdebatan mengenai perkara ini dimana satu pihak menentang keras perlakuan itu dan disebelah pihak lagi […]

error: Content is protected !!