Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 12, 2025 @ 10:10pm

Berjaya Ukir Senyuman Penonton, Filem The First Ride Angkat Tema Persahabatan & Impian

Filem Korea Selatan terbaharu, The First Ride muncul sebagai karya komedi hangat yang mengangkat nilai persahabatan dan perjalanan hidup orang dewasa.

Diarahkan oleh Nam Dae-jung, filem ini menampilkan barisan pelakon popular termasuk Kang Ha Neul, Kim Young Kwang, Cha Eun Woo, Kang Young Seok dan Han Sun Hwa. Ia dijadualkan menemui penonton di Malaysia bermula esok, 13 November 2025.

Lucu dan menghiburkan. Itu dua perkataan yang sesuai untuk menggambarkan naskhah ini. Berjaya mengukir senyum dan tawa, filem ini memahat mesej persahabatan dalam jiwa penonton.

Berkesempatan menonton filem ini lebih awal, cerita bermula ketika Yeon-min (Cha Eun Woo), seorang pelajar pemalu dan penyendiri, diterima oleh tiga rakan lelaki lain iaitu Tae-jung (Kang Ha Neul), Do-jin (Kim Young Kwang) dan Geum-bok (Kang Young Seok) sewaktu di sekolah rendah. Persahabatan mereka berkembang kukuh hingga dewasa.

Setiap watak menonjol dengan keperibadian tersendiri. Tae-jung cemerlang dan berdisiplin, Do-jin ceria namun kecewa akibat kecederaan, Geum-bok eksentrik dengan sikap unik, manakala Yeon-min bercita-cita menjadi DJ terkenal dunia tetapi sering rasa rendah diri.

Semasa di sekolah menengah, mereka merancang untuk melancong ke Thailand bagi menghadiri festival muzik idaman mereka. Namun begitu, rancangan itu gagal akibat insiden tidak dijangka, meninggalkan kekecewaan yang mendalam kepada mereka sebagai sahabat baik.

Beberapa tahun kemudian, kehidupan membawa mereka ke haluan berbeza dan mereka mempunyai kehidupan serta kerjaya tersendiri.

Atas desakan Do-jin, mereka akhirnya menunaikan janji lama: melakukan ‘the first ride’ ke luar negara. Mereka merancang untuk mengembara ke ke Thailand, ditemani Ok-sim (Han Sun Hwa), gadis yang sejak dahulu memendam perasaan terhadap Tae-jung.

Apa yang menariknya, Yeon-min turut ‘menyertai’ mereka dalam bentuk patung, simbol kehadirannya yang tidak dapat hadir secara fizikal.

Perkara ini mencetuskan pelbagai detik lucu, huru-hara dan menyentuh hati sepanjang perjalanan.

Sejujurnya, filem ini merupakan gabungan elemen humor ringan dan momen emosi yang jujur. Biarpun beberapa babak dan plot boleh dijangka, namun kekuatan lakonan pelakon dan keserasian antara watak berjaya menutupi kelemahan terbabit.

Secara keseluruhan, The First Ride berjaya menggabungkan lawak, emosi dan nostalgia persahabatan dengan cemerlang.

Filem ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mengingatkan penonton mengenai persahabatan sejati tetap bermakna tanpa batas usia dan cabaran hidup.

Sudah mula ditayangkan di Korea pada penghujung Oktober lalu, The First Ride bakal menemui penonton Malaysia bermula esok, 13 November 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Jul 2024

“Single, Janda… Sorry, But Not Available” – Dedah Status Terkini, Nonny Nadirah Kongsi Ciri Lelaki Idaman

Doakan yang baik-baik. Moga Allah berikan hidayah dan jodoh yang baik🥰

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Fri, 11 Jan 2019
Hiburan Thu, 15 Jun 2023

[VIDEO] Pengurus Kongsi Kisah Melayan Peminat Siti Nurhaliza – “Kita Berusaha Untuk Jaga Hati Semua Tapi Kadang…”

Sebagai pengurus saya lebih kepada toleransi – Rozi, pengurus Siti Nurhaliza

Featured Fri, 16 Apr 2021
Trending Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Sun, 3 Oct 2021

“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di […]

error: Content is protected !!