Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:04am

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Huawei telah memperlengkapkan sejumlah peranti flaghsip mereka tahun lalu dan 2018 dengan cip pemprosesan 970. Hadir dengan ciri kecerdasan buatan, cip terbabit bakal menerima pengganti berdasarkan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini.

Difahamkan spesifikasi cip Kirin 980 sudah tertiris dengan kelajuan maksimum pada kadar 2.8GHz dibantu oleh 4 teras Cortex A77 dan 4 teras Cortex A55.

Cip itu juga dibayangkan 1.5 lebih laju berbanding Adreno 630 yang ketika ini dipadankan dengan Snapdragon 845.

Bakal dibina menggunakan Fin Field Effect Transistor (FinFET) 7nm buatan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), Kirin 980 menjanjikan 20% peningkatan prestasi beserta 40% penjimatan kuasa.

Khabar angin yang digarap dari ITHome menyatakan 4-teras Cortex A77 mampu menggapai kelajuan maksimum sehingga 2.80GHz, sementara keupayaan 4-teras Cortex A55 masih belum dapat dipastikan lagi.

Selain itu, cip pemprosesan ini akan memfokuskan terhadap kecerdasan buatan dan generasi NPU seterusnya berupaya melaksanakan 5 trilion pengiraan perwatt. Ketika ini perisian AI banyak digunakan dalam memperkemaskan imej yang diambil menggunakan kamera, dan mungkin Huawei mahu mengembangkan lagi ciri tersebut.

Peranti yang diramal menggunapakai Kirin 980 adalah Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro yang mungkin dilancarkan pada penghujung tahun 2018.

Sumber: It Home

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 29 Jun 2018

“unlock” Dengan Cap Jari Untuk Peranti Yang Tiada Fungsi Tersebut

Maklumlah bukan semua mampu memiliki peranti Android dengan fungsi pengimbas cap jari. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengimbas cap jari dengan menggunakan kamera utama.. Pertama sekali pasang aplikasi  ‘Fingerprint AppLock’ daripada Playstore. Setelah […]

TECH Thu, 22 Aug 2019

Cari Popular Dishes Melalui Google Maps

Bestnya kalau melalui Google Maps boleh cari tempat makanan yang popular kan?

TECH Mon, 23 Apr 2018

Lancar Kemaskini Terbaru, Yahoo Mail Kini Lebih Pantas & Hebat

Yahoo Mail kini tampil dengan kemaskini personalization baharu dan lebih pantas dan smooth berbanding biasa.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Bukan sekadar aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab mahukan fungsi yang lebih banyak lagi untuk aplikasi utama mereka. Itulah misi baru yang bakal dilaksanakan oleh Grab dalam memenuhi keperluan serta kehendak jutaan pengguna. Bagi merealisasikan perancangan […]

TECH Wed, 7 Aug 2019

Matikan Story dan Post Instagram Orang Lain Tanpa Unfollow

Resah dengan akaun yang membuat banyak Story dan Post di Instagram? Sembunyikan sahaja akaun tersebut tanpa unfollow dengan cara ini.

TECH Sun, 26 May 2019

Cara senang sembunyikan Akaun Facebook daripada Google!

Kami kongsikan kaedah yang boleh dicuba untuk mengelakkan ianya dipaparkan pada keputusan carian.

TECH Wed, 24 Oct 2018

回归初衷!脸书Messenger全面改版

社群媒体巨擘脸书(Facebook)今天宣布:旗下聊天软体Messenger手机App全面改版,大幅简化页面设计,希望让全球每月13亿用户使用起来更简洁有力。

TECH Thu, 5 Jul 2018

Samsung Malaysia Kini Mempunyai Gedung Dalam Talian Rasmi

Menerusi perkongsian kepada rakan media, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tentang pembukaan gedung dalam talian rasmi untuk peminat tempatan. Dengan adanya gedung dalam talian rasmi, bakal pembeli lebih mudah dan yakin untuk melakukan sebarang pembelian kerana platform jual beli […]

TECH Thu, 26 Sep 2019

Nak Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada “Thumbdrive”

Hampir semua orang ada Thumbdrive. Penggunaan peranti storan mudah alih ataupun lebih dikenali sebagai Thumbdrive boleh dikatakan sangat sinonim dengan keperluan digital masyarakat kita.

TECH Tue, 15 Oct 2019

为何人到中年容易发福?

人到中年为何容易发福?这可能与脂肪组织中的「脂质周转」有关……

error: Content is protected !!