Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 16, 2025 @ 6:05pm

Raih Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AIFFA 2025, Sweet Qismina Hampir Tak Datang Majlis Anugerah Gara-Gara….

Selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) pada awal bulan ini, aktres Sweet Qismina tidak menyangka dapat mengulangi kejayaan di peringkat antarabangsa dalam ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (AIFFA 2025).

Menerusi filem Babah, Sweet menewaskan empat calon lain iaitu Hong Dao-chi Dau dari Vietnam, Imelda Budiman (Indonesia), Zulfa Maharani (Indonesia) serta Katrina Halili (Filipina) dan diangkat sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam acara yang berlangsung di Kuching, Sarawak malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Sweet mengakui kemenangan itu sangat di luar jangkaan. Malah, dia hampir tidak hadir ke majlis berkenaan kerana terikat dengan komitmen kerja.

Menurutnya, selepas berbincang dengan pasukan, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan pada waktu petang sebelum acara berlangsung dan berhasrat hadir sekadar memberi sokongan kepada produksi Babah.

“Tak sangka langsung sebab lebih 200 filem bertanding di AIFFA 2025 dan semuanya hebat-hebat belaka. Untuk menang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ini memang bukan sesuatu yang saya jangka. Saya berlakon kerana minat sejak kecil, jadi anugerah ini sangat bermakna dalam perjalanan seni saya,” katanya.

Sweet turut menyifatkan kejayaan itu sebagai rezeki yang datang tanpa diduga.

Katanya, kemenangan di FFM34 dan AIFFA 2025 memberi tanggungjawab besar terhadap kerjaya lakonannya.

“Memang berat sebab masa menang FFM34 pun saya sudah cakap, bukan mudah nak pikul gelaran Pelakon Wanita Terbaik. Banyak lagi yang saya perlu pelajari.

“Sekarang tiba-tiba dapat satu lagi pengiktirafan yang lebih tinggi kerana ini membawa nama Malaysia, tanggungjawabnya bertambah besar. Saya sendiri tak tahu kenapa Allah beri rezeki ini. Mungkin sebagai isyarat untuk saya terus perbaiki diri dan hasil kerja saya,” ujarnya.

Sweet berharap pengiktirafan ini dapat membuka peluang kepada lebih banyak produksi tempatan dan luar negara untuk mempercayainya memegang pelbagai watak.

Menurutnya, setiap kemenangan bukan sekadar penghias kerjaya kerana penilaiannya dilakukan barisan juri profesional.

“Anugerah bukan benda suka-suka sebab juri menilai hasil kerja kita secara terperinci. Ini bukan soal populariti tetapi kualiti. Sebab itu saya akan jaga dan tingkatkan lakonan sebaik mungkin. Saya tak mahu orang anggap saya hanya setakat satu anugerah itu sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, kejayaan yang hadir tanpa disangka ini menjadi pembakar semangat untuk meneroka lebih banyak peluang di peringkat lebih luas.

“Kalau Allah dah buka satu langkah di mata negara luar, kenapa tidak kita cuba? Kita takkan tahu apa yang menanti selagi tidak mencuba,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Fri, 30 Apr 2021

Syawal Tahun Ni Tak Best? Kan Ada senQ, Bakal Menceriakan Raya Anda!

Nampak gayanya raya tahun ini kita masih perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan meraikan Aidilfitri secara sederhana. Biarpun hanya meraikan bersama ahli keluarga terdekat, kenalah juga buat persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Apa yang paling […]

Trending Wed, 10 Oct 2018

OMG! Bungkusan Mayat Kena Tinggal Atas Highway

Mayat siapa pula ada tengah jalan ni? Lebih pelik, mayat itu diikat pada katil dan ditinggalkan di atas lebuh raya.

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Ariana Rose Is Back” – Penampilan Berhijab Fathia Latiff Raih Pujian

Penampilan pelakon, Fathia Latiff kembali mencuri perhatian.

Hiburan Thu, 28 Feb 2019
FESYEN Mon, 22 Jul 2019

Lebih Hebat…Selepas Kejayaan Naelofar, LofaBrand Pula Menyusul!

Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

error: Content is protected !!