Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2025 @ 11:53am

Adam Corrie Kongsi Realiti ‘Pedih’ Bergelar Muallaf, Kekasih Ben Amir Bersuara – “Islam Patutnya Lembut, Bukan Menakutkan”

“Beri ruang, beri masa, beri contoh yang baik. Hidayah milik Allah bukan manusia yang menilai”, demikian respons pelakon Adam Corrie terhadap cabaran awal bergelar muallaf.

Katanya, pada fasa awal penghijrahannya dahulu, orang ramai lebih suka mengkritik dan memberikan kecaman daripada membimbing golongan muallaf dalam mendalami agama Islam.

“Awal-awal saya masuk Islam dulu, beginilah tekanannya. Ramai lebih suka mengkritik dari membimbing. Padahal muallaf sedang bertatih, sedang mencari kekuatan.

“Kalau benar kita sayang agama, kita sepatutnya memudahkan bukan menakutkan.

“Beri ruang, beri masa, beri contoh yang baik. Hidayah milik Allah bukan manusia yang menilai,” ulasnya.

Adam berkongsi mengenai perkara itu susulan teguran yang diterima kekasih kepada pelakon popular, Ben Amir iaitu Maiyaa baru-baru ini.

Sedar dengan pendapat peribadi yang dikongsikan di platfrom Threads, Maiyaa bagaimanapun tampil memberikan respons apabila berkongsi pengalaman peribadinya sebagai individu yang baru memeluk Islam.

Menurutnya, kata-kata Adam Corrie memberi kekuatan dan semangat untuknya terus belajar tanpa terbeban dengan kecaman.

“Betul sangat. Terima kasih untuk peringatan ini.

“Sebagai seorang yang baru bertukar agama, saya pun tengah belajar perlahan-lahan,” katanya.

Jelasnya, perjalanan awal sebagai muallaf bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila berdepan kritikan yang kadangkala terlalu berat untuk ditanggung.

“Kadang-kadang tekanan dan kritikan terlalu berat untuk diterima tetapi dengan kata-kata dan nasihat sebegini sangat membantu saya.

“Islam sepatutnya lembut, penuh kasih… bukan menakutkan. Inshaa-Allah, dengan masa dan bimbingan yang baik dan rahmat daripada Allah.. semuanya akan baik-baik sahaja,” balasnya.

Dalam satu perkongsian berbeza, Adam turut menjelaskan, isu gelaran bukan perkara yang menjadi keutamaan baginya sebagai seorang mualaf yang sudah lama melalui proses penghijrahan.

Tambahnya, apa sahaja panggilan yang diterima, selagi membawa maksud baik, dia menerima dengan hati terbuka.

“Saya tak kisah orang nak panggil saya apa muallaf, saudara baru, reverted, converted, saudara selslam atau muhajir. Selagi panggilan itu membawa maksud yang baik, saya terima dengan hati yang lapang.

“Kerana yang lebih penting bukanlah gelaran itu, tetapi perjalanan hidup seseorang menuju kebaikan dan sokongan yang ikhlas daripada orang sekeliling dalam proses itu.

“Setiap langkah menuju Allah adalah penghijrahan, setiap perubahan ke arah iman adalah kemuliaan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Baru Seminggu Masuk Islam…” – Kekasih Ben Amir Terkejut Ditegur Suruh Tutup Aurat Sepenuhnya

ARTIKEL BERKAITAN:Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dia Bukan Punca Saya Hijrah Ke Sana…” – Ben Amir Hangat Dilamun Cinta Dengan Gadis Filipina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Dec 2017

Azwan & Ezzaty Kini Bergelar Ibu Bapa

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang kini sudah bergelar ibu bapa apabila anak sulung mereka selamat dilahirkan kira-kira pukul 10.27 malam Rabu.  Azwan yang merupakan seorang pelakon ketika dihubungi […]

Featured Fri, 6 Dec 2024

Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

Konsert Hitam Manis bakal sajikan persembahan istimewa dari 3 figura hebat. Dapatkan tiket segera!

Trending Sun, 6 Jan 2019

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Tengok sama ada anda lakukan atau tak perkara-perkara ini.

Featured Fri, 13 May 2022

“Mungkin Dia Malu Kot…” – Lelaki Berbaju Melayu Curi Kondom Di Kedai Serbaneka

Alamak… 1 Syawal dah macam-macam hal eh! Habislah lepas ni baju Melayu merah kena blacklist 😂

Eat Travel Wed, 21 Nov 2018

Gladden Private Island Antara Pulau Paling Privasi Di Dunia!

Resort ini hanya boleh menampung sehingga 4 orang pengunjung dalam satu-satu masa sahaja.

error: Content is protected !!