Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin November 21, 2025 @ 4:45pm

Kekal Anggun Menawan, Koleksi Sopan & Sederhana Bangkitkan Pesona!

Koleksi sopan dan sederhana Maglifestyle membangkitkan pesona di pentas Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 dengan mempersembahkan koleksi Spring/Summer 26 terbaharu bertajuk Serenity Blooms di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, baru-baru ini.

Pertunjukan ini menonjolkan fesyen sopan dan sederhana sebagai pilihan wanita moden yang bergaya, yakin, dan berpengaruh di pentas antarabangsa.

Diketuai pengasas bersama, Wong Yen Lee dan Wong Shiau Lee, Maglifestyle menegaskan kedudukannya sebagai jenama pakaian sedia pakai yang menampilkan rekaan moden, bergaya dan praktikal, sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya tanpa mengorbankan keselesaan.

Serenity Blooms menampilkan pendekatan lebih matang dan fleksibel dengan fokus pada palet pastel lembut seperti merah jambu pucat, ungu kabus, hijau seafoam dan kuning buttercream. Setiap helaian direka agar sopan, selesa dan tetap anggun, memberi peluang kepada wanita mengekspresikan gaya peribadi dengan yakin.

Sebanyak 23 rekaan dipersembahkan termasuk Seafoam Maxi Abaya dengan potongan mengalir dan lengan loceng, Blush Chiffon Dress dengan perincian bertingkat serta neckline moden, dan White Wide-Leg Palazzo dengan potongan tailored dan selendang dalaman. Koleksi ini lengkap dengan hijab chiffon pastel serta inner scarf sesuai untuk pemakaian harian.

Walaupun sut seluar wanita pernah dianggap ‘berani’ dalam fesyen, Maglifestyle membawanya kembali sebagai simbol keyakinan feminin kontemporari. Koleksi ini menggambarkan perubahan gaya hidup wanita moden yang semakin menonjol dalam bidang profesional dan kreatif.

Wong Yen Lee berkongsi, “Palet pastel memberi nafas segar dalam fesyen modest. Dengan Serenity Blooms, kami mahu wanita merasai kelembutan dan kekuatan dalam masa yang sama melalui gaya yang sopan tapi tetap anggun.”

Sementara itu, Wong Shiau Lee menambah, “Fesyen modest membolehkan wanita mengekspresikan diri tanpa mengorbankan keselesaan. Setiap rekaan direka untuk mengangkat keyakinan melalui sentuhan lembut, ringan dan mudah digayakan.”

Koleksi ini menggunakan fabrik premium seperti double georgette, brocade, mesh dan kapas lestari, menekankan keselesaan dan kesedaran terhadap alam sekitar. Setiap helaian menitikberatkan siluet yang memikat, fungsi praktikal dan nilai jangka panjang bagi wanita moden.

Koleksi penuh Serenity Blooms kini boleh didapati di www.maglifestyle.com dan butik terpilih Maglifestyle.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 18 Apr 2019

Bergaya Raya Tahun Ini Dengan Beg Tangan ‘Victoria Sloane’ Keluaran Rita Sosilawati!

Warwick, Essex, Halborn, Abbey dan Kew…mana satu pilihan kalbu?

FESYEN Thu, 23 Aug 2018

Petua Sarung Kasut Baru

Gigit Kasut Dulu Sebelum Guna- ini adalah di antara petua orang lama yang dikongsikan dan masih ada yang pratikkannya. Relevan ke lagi atau apa kata cuba tips moden pula?

FESYEN Thu, 22 Aug 2019

Artis ‘Turun Padang’ Memeriahkan KLFW 2019

KLFW platform pereka fesyen tempatan menunjukkan bakat

FESYEN Mon, 22 Jul 2019

E! News Malaysia’s Kicking Off Season 2 with New Fresh Faces!

E! News Malaysia is back, back, back again with the newest and the hottest fashion and celebrity news!

FESYEN Mon, 29 Jul 2019
FESYEN Fri, 8 Nov 2019

‘Selangor Modest Fashion’ Martabat Hab Fesyen Busana Santun

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi bersama antara Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure.

FESYEN Tue, 21 Mar 2023
error: Content is protected !!