Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 26, 2025 @ 2:09pm

“Bukan Saja-Saja Tak Berbaju & Pakai ‘Boxer'” – Aedy Ashraf Jelaskan Penampilan Berani Dalam Filem Klepet

“Bukan nak tunjuk tubuh, cuma nak hidupkan watak.”

Demikian penjelasan pelakon, Aedy Ashraf apabila penampilannya dalam filem terbaharu, Klepet, menjadi perhatian yang banyak babak memperlihatkannya tidak berbaju dan hanya memakai ‘boxer’.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, berkata keputusan itu bukan dibuat sebarangan, sebaliknya bagi memastikan karakter dibawanya tampil benar-benar realistik.

“Dalam kehidupan sebenar pun saya selesa pakai seluar pendek bila keluar rumah. Kalau di rumah pula, dengan kawan-kawan lelaki memang saya tak berbaju pun.

“Jadi untuk Klepet, kami nak penonton rasa dekat dengan realiti hidup anak muda,” katanya.

Bagimanapun, Aedy tetap memohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan penampilannya dalam filem tersebut.

“Kalau ada yang rasa tak selesa atau pedih mata, saya minta maaf awal-awal. Kami tak ada niat apa-apa… cuma nak bagi filem ini nampak betul-betul ‘real’,” katanya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Klepet, baru-baru ini.

Sementara itu, aktor drama rantaian Kisah Cinta Kita ini turut mengakui ada rasa gusar berhubung beberapa dialog yang agak sensitif dalam filem tersebut.

“Saya pun risau juga sebenarnya. Tapi saya percaya kita ada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Finas yang lebih mahir dalam menentukan apa yang patut dan tidak.

“Masa penggambaran memang ada dialog yang tak patut disebut, tapi pengarah biarkan kami lakonkan dahulu. Proses suntingan kemudian akan tentukan apa yang kekal,” ujarnya.

Selain Aedy, Klepet turut dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Meerqeen, Nadhir Nasar, Joey Daud, Eric Fuzi dan Aeril Zafrel.

Filem bertemakan persahabatan itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 November ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

Mesti kelakar terbahak bahak ni

Featured Mon, 14 Jul 2025
Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Trending Sun, 7 Jun 2020
FESYEN Fri, 11 May 2018

Amar Baharin & Amyra Rosli Raya Dengan 30 Pasang Baju

30 pasang baju raya maksudnya satu hari satu lah .. Untungnya badan

Featured Fri, 14 Nov 2025

Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’

Penyanyi berbakat, Aisha Retno menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Senarai Penuh Anugerah Skrin 2018 Yang Patut Korang Tengok!

Rancakkan perbualan ASK2018 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2018!

error: Content is protected !!