Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2025 @ 4:13pm

Remy Ishak Tegur Peminat Jual Nama Saudara Mara Minta Izin Nak Ambil Gambar – “Kalau Minat Biar Mereka Datang Jumpa Saya”

Pelakon popular, Remy Ishak menegur segelintir peminatnya apabila ramai yang ‘menjual’ nama saudara-mara mereka setiap kali mahu mengambil gambar bersamanya.

Kata Remy menerusi hantaran di TikTok, dia mempersoalkan tindakan individu yang bersikap sedemikian apatah lagi meminta izin untuk merakamkan momen bersama dengannya bukalah satu kesalahan.

“Pak cik saya minat Abang Remy dia suruh saya ambil gambar. Abang Remy mak cik saya suruh ambil gambar, Atok saya suka, mak saya minat sangat dengan Abang Remy, mak saya suruh ambil gambar.

“Kenapa ya setiap kali saya keluar, saya jumpa benda-benda macam ni. Kenapa kau orang tak terus je cakap ‘Abang Remy saya peminat, saya nak ambil gambar’… Kenapa tak  macam tu? Kenapa babitkan orang yang tak ada disekeliling tu? Kenapa babitkan saudara mara kau orang? Cakap je lah kau orang nak ambil gambar,” soalnya.

Tegasnya, selepas ini dia tidak akan melayan permintaan peminat yang menggunakan alasan sama setiap kali dia keluar ke tempat awam.

“Lepasni, kalau siapa-siapa jumpa saya cakap mak saudara, pak cik semua nak ambil gambar, lantaklah! Saya tak nak ambil gambar dah. Saya tak layan.

“Kalau mereka minat, biar mereka je datang jumpa saya. Mereka tak jumpa saya, no gambar! Settle,” katanya.

@remyishaktiktokSaya tak marah tau, tapi cuma nak tanya la, korang yg amik gambar & bagi alasan2 mcm tu kenapa ye? Korang segan ke? 😂😂♬ original sound – Remy Ishak

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

40 Tahun Berlakon, Jalil Hamid Rasa Terhina Angkara Syarikat Produksi?

Terasa penat dan sia-sia pulak mengumpul 7…8 anugerah dan ANUGERAH pelakon terbaik dan popular selama hampir 40 tahun.

Trending Fri, 3 Nov 2023
Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Trending Wed, 31 Mar 2021

Naqiu Berpadu Suara Dengan Vanessa Reynauld Dalam Rindu Separuh Nyawa

Biarpun berbeza usia, bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, 35, dan penyanyi remaja, Vanessa Reynauld, 21, berjaya mewujudkan keserasian dalam lagu duet Rindu Separuh Nyawa. Mungkin dua penyanyi ini datang daripada generasi berbeza, namun mereka mempunyai […]

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Selebriti Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!