Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 8, 2025 @ 3:55pm

Meski Berbeza Agama, Adam Corrie Kekal Di Sisi Ibu Hingga Akhir Hayat

Pelakon, Adam Corrie terus memainkan peranan sebagai anak sehingga ke detik terakhir hayat ibunya biarpun mendiang menganut agama berbeza.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata, perbezaan akidah tidak pernah menjadi alasan untuk dirinya menjauh, sebaliknya tetap berbakti seperti biasa.

“Walaupun saya dan ibu berlainan agama, sebagai anak saya tetap berada di sisi sampai ke akhir. Itu tanda kasih sayang dan penghormatan.

“Sebagai seorang Muslim, saya jaga batas agar tidak melanggar syariat. Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan, apatah lagi dengan ibu yang melahirkan kita,” katanya.

Menurut Adam, selepas selesai urusan di hospital pagi tadi, jenazah ibunya dibawa ke kuil bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan sanak saudara memberikan penghormatan terakhir sebelum disemadikan Rabu ini.

Terdahulu, Adam berkongsi berita duka mengenai pemergian ibunya pada 6 November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Sat, 17 Jan 2026

Foto Kahwin Curi Perhatian, Kasih Iris Leona Perjelas Situasi Sebenar – “Jangan Cakap Suami, Boyfriend Pun Tak Ada Untuk Saya Update”

Kalau saya nak kahwin, saya punya cincin 10 kilometer boleh nampak batunya. – Kasih Iris Leona

Trending Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

「漫威之父」史丹李逝世!享寿95岁

「漫威之父」史丹李(Stan Lee)12日逝世,享寿95岁。

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

Featured Tue, 26 May 2026
Events Thu, 15 Dec 2022

Rezeki Semakin Murah Dalam Lakonan, Shiha Zikir Jaga Batas

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir mengutamakan pemilihan watak dalam memberikan hasil kerja yang terbaik selagi ia tidak melanggar batas. Mula dikenali dalam bidang nyanyian, Shiha juga aktif dalam bidang pengacaraan serta mendapat banyak tawaran lakonan. […]

Featured Mon, 31 Oct 2022
error: Content is protected !!