Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi December 14, 2025 @ 6:12pm

Pendakwah Tersohor Indonesia Ustaz Irfan Rizki Kongsi Ilmu, ‘Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Ke Syurga’ Program Rohani Sentuh Jiwa Peserta

Program kerohanian Cahaya Hati 2.0 anjuran One World Muslimah (OWM) yang berlangsung baru-baru ini berjaya memberi impak mendalam kepada peserta apabila menghimpunkan Muslimin dan Muslimat dalam sebuah wadah pengisian rohani yang inklusif.

Buat julung kalinya, program yang sebelum ini dikhususkan kepada Muslimah itu dibuka kepada penyertaan lelaki dan wanita, sekali gus meluaskan peranannya sebagai platform sokongan, inspirasi dan pengukuhan keimanan kepada masyarakat.

Program berkenaan diangkat dengan tema ‘Dari Luka Menuju Cahaya, Dari Hati Menuju Syurga’, yang menyentuh tentang kekuatan jiwa, penyembuhan emosi dan perjalanan kembali kepada Allah di sebalik ujian kehidupan.

Pengerusi One World Muslimah, Puan Noor Razlina Noor Mohamed, berkata penganjuran Cahaya Hati 2.0 bukan sekadar menyampaikan pengisian ilmu, sebaliknya menjadi ruang untuk peserta bermuhasabah dan memulihkan jiwa.

“Setiap luka dan ujian yang dilalui bukanlah sia-sia. Ada luka yang mengangkat darjat dan ada ujian yang menjadi pintu rahmat. Program ini ibarat pelukan buat jiwa yang penat dan cahaya buat hati yang sedang mencari,” katanya.

Menurutnya, program itu bertujuan membantu peserta mendalami kefahaman terhadap Islam, mengukuhkan keimanan serta memberi kekuatan dalam menghadapi tekanan hidup dan cabaran masyarakat moden.

Cahaya Hati 2.0 turut menampilkan penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Irfan Rizki, yang dikenali dengan gaya penyampaian santai, ringkas namun menyentuh jiwa.


Noor Razlina berkata, pemilihan Ustaz Irfan sebagai penceramah dibuat selepas melihat kesan positif pendekatan dakwahnya, khususnya menerusi perkongsian ringkas di media sosial.

“Cara ustaz menyampaikan ilmu sangat padat, tepat dan mudah difahami. Peserta benar-benar dapat menghayati setiap pengisian yang disampaikan,” ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Irfan menegaskan dakwah yang disampaikan bertujuan mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada Allah dan saling menasihati ke arah kebaikan.

“Apa sahaja yang kita miliki hari ini datangnya daripada Allah. Penerimaan terhadap dakwah bukan kerana saya, tetapi kerana Allah yang membuka hati untuk sama-sama belajar,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, penggunaan klip video ceramah ringkas di media sosial terbukti berkesan dalam mendekatkan mesej dakwah kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

“Kami Tak Garang, Tapi…” Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ulas Cara Didik Anak

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kongsi cara didik anak

Featured Wed, 19 Nov 2025

Jadi Tahanan Tentera Isr**l, Haroqs Akhirnya Potong Gelang Penjara 

Haroqs, akhirnya mengambil keputusan untuk memotong gelang penjara yang dipakaikan kepadanya ketika menjadi tahanan tentera penceroboh pada Oktober lalu.

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, […]

Featured Thu, 2 Feb 2023

#LaguXTRA: Aeril Zafrel Imbau Zaman Bercinta Dengan Lagu Melly Goeslow!

Teringat zaman-zaman sekolah kan! Lagu Melly yang mana favorite Aeril tu?

Featured Thu, 20 Dec 2018

H’Hen Nie Gagal Raih Gelaran Miss Universe 2018 Gara-Gara Kesilapan Jurubahasa?

Jawapan yang diberikan oleh jurubahasa didakwa tidak menggambarkan intipati sebenar mesej yang cuba disampaikan H’Hen Nie.

Trending Mon, 22 Jul 2019

Awas! Ada Tujuh Aplikasi Mudah Alih Bahaya Kini Tular….?

Pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing.

error: Content is protected !!