Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 19, 2025 @ 12:15pm

Kakak Neera Azizi Tampil Back Up, Video ‘Gender Reveal’ Di Kaabah Bukan Untuk ‘Content’

Kakak kepada penyampai radio, Neera Azizi tampil mempertahankan adiknya itu susulan kecaman bertubi-tubi netizen berhubung video ‘gender reveal’ yang dirakam di hadapan Kaabah baru-baru ini.

Menurut kakaknya yang dikenali sebagai Zeera Azizi,  tindakan bersuara dibuat selepas melihat terlalu banyak komen melampau yang bersifat menghina, mengutuk dan seolah-olah meletakkan diri pengkritik sebagai insan paling suci.

“Sebab ramai sangat yang macam tak henti menghina, mengutuk, mengeji seperti insan paling mulia. Maka dengan itu sebagai kakak mana mungkin saya hanya berdiam diri.

“Keberadaan saua di Tanah Suci ini juga atas rezeki adik saya yang membayar kami sekeluarga ke sini tanpa meminta sesen pun. Dan ini bukan kali pertama dia sponsor kami sekeluarga. Sudah dua kali saya pergi mengerjakan umrah bersama keluarga atas tanggungan dia,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zeera menerusi hantaran di Threads pada Khamis.

Dalam pada itu, Zeera menegaskan, video tersebut dibuat bukanlah semata-mata untuk tujuan kandungan video sebaliknya menjadikan Tanah Suci itu sebagai simbolik kepada perkongsian berita gembira.

Ini kerana, Neera dan suaminya yang juga seorang mutawwif difahamkan bertemu jodoh di sana.

“Benar, apa yang terjadi hari itu atas kekhilafan dan niat sebenar adik saya dan suaminya hanya ingin berkongsi kebahagiaan kerana mereka berdua telah dipertemukan di kota suci ini.

“Bagi mereka, mungkin di sini juga tempat yang tepat untuk share kan berita gembira.

“Benar lagi sekali, apa yang terjadi itu salah, tapi semua itu bukan sengaja dilakukan atas niat “for the sake of content”,” jelasnya.

Meskipun perkara itu telahpun tular, namun Zeera berharap agar isu itu tidak diperbesarkan lagi sekali gus meminta masyarakat untuk berhenti mencerca adiknya.

Terdahulu, video pendek yang dikongsikan Neera menerusi platform sama menyorot perhatian ramai apabila penyampai radio itu dan suaminya melakukan ‘Gender Reveal’ dihadapan Kaabah.

Tindakan tersebut sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap pasangan suami isteri sepatutnya menjaga adab dan bukannya ‘mengambil kesempatan’ merakam video tersebut di sana.

ARTIKEL BERKAITAN:Neera Azizi Mohon Maaf Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – “Tanpa Sedar Kaedah Kami Kurang Beradab”

ARTIKEL BERKAITAN:Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Tindakan Neera Azizi Undang Kecaman – “Bukan Nak Jadi Joykiller Tapi Kecewa”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Bahagia Cara Kita… Maaf Anak-Anak Ibu Banyak Perkara Terjadi,” – Titip Pesanan Pada Anak-Anak, Nurul Shuhada Buat Ramai Sebak!

MasyaAllah, cantiknya Shu 🥹😍 Humairah & Umar pun comellll! ❤️❤️❤️ Geram min tengok! Semoga Allah terus melindungi keluarga ini 🫶🏻🫶🏻

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

“Banyak Dapat Tawaran, Tapi Ia Bukan Pasal Duit” – Fasha Sandha Fokus Beri Komitmen Terbaik

Pelakon cantik, Fasha Sandha bersyukur dapat memberikan sepenuh komitmen.

Drama Tue, 19 Mar 2024
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

‘Bukan Tamak, Tapi…’- Issey Fazlisham Mula Tukar Angin?

Saya mahu fokus dalam apa saja projek yang dilakukan, selagi nama masih diperlukan saya gunakan peluang yang ada…

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sebelum Bersara, Jatt Ali Teringin Nak…

Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah…

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Obses Dengan Benda Wangi, Ayda Jebat Sanggup Labur Duit Untuk SASSU

Terkejut dengan sambutan diterima di Singapura baru-baru ini, Ayda memberitahu produk SASU terjual licin di sana. Tahniah, Ayda!

Featured Wed, 24 Jan 2018

8 Cara Terbaik Elak Perut Buncit

Perut buncit memang satu masalah besar bagi kebanyakan wanita. Apa tidaknya, ia boleh mencacatkan penampilan. Lebih-lebih lagi jika ingin menyarung sepasang kebaya. Jadi, apa cara untuk melarikan diri daripada masalah ini?

Featured Thu, 3 Mar 2022
error: Content is protected !!