Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 17, 2018 @ 12:19pm

Microsoft Mungkin Hadir Dengan Peranti Android Pertamanya Tidak Lama Lagi

Microsoft sebelum ini telah menghasilkan beberapa siri peranti telefon pintar yang dijalankan dengan sistem Windows Phone sepanjang pemilikkan mereka ke atas syarikat Nokia Mobile. Bagaimanapun, model-model berkenaan jelas gagal mendapat tempat di hati pengguna telefon pintar.

Nokia semakin meningkat maju hasil usaha HMD Global, sementara Microsoft mula mengubah strategi mereka dalam industri telefon pintar dengan kini lebih menfokuskan penghasilan perisian berbanding perkakasan. Namun, ia tidak bermakna mereka mahu terus berhenti membangunkan peranti–peranti baru.

Perkara ini dibuktikan apabila Microsoft dikatakan sedang dalam proses membangunkan sebuah lagi telefon pintar di bawah jenama mereka. Apa yang menarik perhatian pada peranti kali ini, ia dilaporkan tidak akan menggunakan sistem Windows Phone tetapi akan dijalankan dengan sistem Android.

Kredit : Windows Latest

Imej di atas dikatakan memaparkan interaksi antara seorang pelanggan Microsoft dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan mereka. Pegawai itu memberitahu bahawa jurutera mereka sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah model baru, namun tiada maklumat berkenaan jenis model yang akan dihasilkan.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi diperingkat ura-ura di mana tiada sebarang maklumbalas daripada pihak Microsoft yang diterima sehingga kini. Sekiranya benar, ia pasti satu peranti yang menarik untuk dinantikan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 13 Apr 2018

Akibat Kesilapan ‘Typo’ Seorang Pekerja, Samsung Rugi RM 543 Billion

Samsung hari ini telah mengalami kerugian sekitar RM 543 billion (~$140 billion) akibat daripada kesalahan mudah salah seorang pekerja mereka. Pekerja tersebut dikatakan telah tersalah taip atau typo dengan telah mengagihkan 2.8 billion unit saham kepada semua […]

TECH Sun, 14 Jan 2018

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Bagaimana ingin menggunakan Aplikasi Office tanpa perlu pemasangan.

TECH Mon, 10 Dec 2018

Cara Bersihkan Jack Audio yang Tersumbat

Pernahkah anda mengalami gangguan dalam bicu audio pada telefon pintar kegemaran anda? Jika ya, anda boleh mencuba petua berikut dan menggunakannya.

TECH Fri, 15 Dec 2017

Perkhidmatan TM WiFi Kini Dikenali Sebagai wifi@unifi

Dahulunya dikenali sebagai TM WiFi, ia merupakan satu perkhidmatan dari TM Malaysia yang menyediakan kemudahan WiFi untuk kawasan awam di lebih 4000 lokasi seluruh negara. Terbaru, syarikat komunikasi gergasi negara itu telah mengumumkan penjenamaan semula […]

TECH Fri, 12 Jul 2019

Cara Sekat “Si Pencuri” WiFi

Pertama sekali masuk ke menu tetapan modem seperti berikut, kemudian masuk ke menu Setting. Menu tetapan ini kebiasaan boleh diakses dengan kod alamat 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 dan sebagainya seperti yang tertera pada bahagian info modem. Seterusnya pada bahagian Security, pilih menu Device […]

TECH Thu, 15 Mar 2018

Cara Untuk Mengubah Latar Belakang Gambar Menggunakan Photoshop

Ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk mengubah latar belakang gambar dengan menggunakan aplikasi Photoshop.

Fab Foodies! Mon, 20 May 2019
TECH Thu, 19 Jul 2018

Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini

Sokongan GPU Turbo telah diumumkan pertama kali oleh Huawei pada semasa memperkenalkan peranti Honor Play pada Jun yang lepas. Baru-baru ini pula, Huawei telah mengumumkan peranti–peranti keluaran mereka dan Honor yang akan menerima sokongan tersebut. Salah satu daripada peranti berkenaan adalah […]

TECH Mon, 16 Dec 2019

Kerap Guna Telefon Sambil Mengiring, Tulang Belakang Membengkok

Alamak tulang belakang boleh bengkok bahaya ni.

TECH Sat, 15 Sep 2018

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

Antara cara untuk mengosongkan ruang storan untuk Iphone anda.

error: Content is protected !!