Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2025 @ 12:11pm

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Selepas hampir tiga dekad setia memperjuangkan muzik dan karya sendiri, band Stereoangel akhirnya berjaya menunaikan impian besar yang sentiasa mereka simpan selama ini iaitu untuk memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

Seperti mana kebanyakan pemuzik, menghasilkan album merupakan antara pencapaian paling bernilai kerana ia bukan sekadar bukti karya, tetapi menjadi tanda perjuangan masih hidup dan terus berkembang. Begitu juga buat kumpulan yang terdiri daripada Mhai (vokal & gitar kedua), Nai (bass), Ding (gitar utama), Moli (dram) dan Apis (keyboard/synth) ini.

Selepas melalui proses pembikinan dengan penuh komitmen, album Abstraksasi akhirnya dilancarkan pada November lalu, menandakan satu lagi fasa baharu buat Stereoangel.

Album ini mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk disiapkan dan memuatkan sembilan buah lagu yang sarat identiti khas kumpulan tersebut.

Menurut Mhai, mereka sengaja memilih pendekatan berbeza dan tidak terikat dengan tema cinta semata-mata seperti kebanyakan karya lain.

“Abstraksasi membawa mesej yang lebih luas, banyak berkaitan isu kemasyarakatan dan perkara yang dekat dengan realiti kehidupan. Konsep muzik kami berteraskan rock moden, tetapi lirik dan mesejnya merangkumi pelbagai sudut.

“Kami tidak hanya tertumpu pada satu tema sahaja. Ada juga lagu raya dan patriotik kerana kami mahu elakkan konsep yang terlalu tipikal,” katanya.

Lebih manis, album terbitan Mesqa Entertainment itu turut menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, sekali gus memberi semangat tambahan buat kumpulan ini untuk terus melangkah lebih jauh.

“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu bakat tempatan seperti kami untuk terus berkarya. Harapan kami agar lagu dalam album ini mendapat tempat di hati pendengar, diberi ruang ke pentas anugerah berprestij, malah mungkin terpilih sebagai runut bunyi drama atau filem.

“Kami juga sentiasa bersedia untuk membuat persembahan di dalam dan luar negara kerana pentas adalah dunia kami,” tambah Mhai.

Walaupun pernah melalui fasa turun naik dan sepi daripada perhatian arus perdana, Stereoangel menegaskan mereka tidak pernah berputus asa. Album ini menjadi simbol bahawa Stereoangel masih kukuh dan kembali dengan misi baharu.

“Secara jujur, perjalanan kami tidak sentiasa mudah. Ada masa kami menyepi, tetapi kecintaan kepada muzik tidak pernah hilang. Album ini membuktikan Stereoangel masih ada dan bersedia menampilkan diri semula.

“Kami mahu menarik perhatian pendengar baharu termasuk generasi muda dan pada masa sama cuba menempatkan diri dalam arus perdana,” kata Moli.

Kini, Stereoangel sedang giat mempromosikan single Ku Bukan Dewi Cinta, lengkap dengan muzik video rasmi yang sudah dilancarkan di YouTube AJ Productions Sdn Bhd.

Selain itu, lagu Bukan Kehendakku juga dalam perancangan untuk diputarkan secara serentak di 50 stesen radio di Indonesia.

Majlis pelancaran album, muzik video dan showcase Stereoangel telah berlangsung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kota Kinabalu pada November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 8 Oct 2025

“Kami Tak Pernah Anggap Diri Hero, Ini Tentang Gaza” – Musa Nuwayri Dedah Pesanan Menyentuh Hati Dari Nadir Al Nuri

usa menyeru agar seluruh rakyat di negara ini tidak berhenti bersuara demi saudara saudara kiat di Gaza.

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

TAHNIAH! NOOR NABILA BAKAL JADI IBU

Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata

Trending Thu, 17 Feb 2022

“Saya Jayakan Watak G*y Bila Tahu Aaron Aziz Jadi Pasangan” – Berlakon Karakter Jejaka Songsang, Gambit Saifullah Janggal Pegang Tangan Lelaki

Pelakon Gambit Saifullah, 37, bersedia untuk menerima kritikan apabila menyahut cabaran menjayakan watak jejaka homoseksual dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa. Ditayangkan di slot Samarinda TV3, Gambit bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz dan Sophia Albarakbah dalam […]

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Featured Thu, 21 May 2026

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

Hiburan Wed, 30 Oct 2024
Hiburan Thu, 18 Oct 2018
error: Content is protected !!