Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 5, 2026 @ 1:09pm

22 Tahun Menanti, Abby Abadi Lega Norman Hakim Selesai Bayar Mas Kahwin Tertunggak – “Panjang Lagi Ceritanya, Masih Ada Tuntutan Nafkah Anak-Anak Untuk 18 Tahun”

Selepas lebih dua dekad menunggu dengan penuh kesabaran, pelakon dan penyanyi Abby Abadi akhirnya boleh menarik nafas lega apabila mas kahwin tertunggak daripada bekas suaminya, Norman Hakim, diselesaikan sepenuhnya.

Perkara itu dikongsikan Abby menerusi sebuah hantaran di TikTok apabila dia memuat naik bukti transaksi pembayaran secara dalam talian bertarikh 2 Disember lalu, dengan keterangan jelas tertera ‘mas kahwin tertunggak’, sekali gus menamatkan penantian selama 22 tahun.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, perkongsian tersebut dibuat dalam keadaan hati yang tenang, sekadar memaklumkan bahawa urusan lama itu akhirnya menemui noktah.

“Dengan tenangnya saya kongsikan sedikit supaya semua tahu perkara ini sudah selesai selepas 22 tahun. Terima kasih kepada suami dan Memey yang tidak pernah mencampuri urusan tertangguh ini. Bukan niat untuk berkongsi sangat, rezeki saya tetap rezeki saya. Alhamdulillah,” katanya.

Abby turut merakamkan penghargaan kepada Norman yang disifatkan berlapang dada menunaikan tanggungjawab tersebut apabila sudah berkemampuan, selain mengakui dirinya memilih untuk terus bersabar sepanjang tempoh penantian itu.

“Terima kasih Norman Hakim kerana sudi melangsaikan apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu kongsi, tapi tak mengapa. Saya berkongsi bukan kerana isu ini berlarutan, tetapi kerana ia memang tidak pernah selesai sebelum ini,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, sepanjang 22 tahun itu, dia hanya memilih untuk menunggu tanpa menuntut secara berlebihan, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

“Saya menunggu dengan penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini, Allah kurniakan saya sebuah mahligai, bukan hanya di dunia, tetapi juga di syurga. Dan semoga diberikan rezeki yang lebih besar. Amin,” katanya lagi.

@abbyabadi.exclusive

Dengan tenangnya, Sy Share la serba sikit- biar semua tahu, yg ni dah selesai setelah 22tahun ya.. 🤭Terima Kasih Suami & Memey tak pernah campur urusan2 yg tertangguh ini.. Ps: Korang! Yg terbaca post ini… Cerita sini habis sini ok hihi.. bukan nak share sangatpun sbnrnya.. cuma nk maklum, berkat kesabaran selama 22tahun ni.. rezeki Sy, tetap rezeki Sy.. Alhamdullilah burpppp! Hihi.. Terima Kasih @normanhakim_786 sudi bayar apa yg tertunggak setelah berkemampuan.. Awk kata tak perlu share.. tapi takpelah, Sy suka nak share.. bukan sbb tak habis2 .. tp memang tak pernah selesaipun 😆😖 Sy terus menunggu dgn penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah Sy sebuah Mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana… & duit belanja besar jugaaaa nanti ..Aminnnn!! 🤭😍 Tolong Aminkannnnn kawan2 😆🤭

♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Bagaimanapun, dalam hantaran lain Abby menjelaskan isu ini masih belum selesai kerana Norman perlu membayar nafkah anak termasuk makan, minum dan tempat tinggal untuk 18 tahun.

Imbas kembali, Abby dan Norman berkahwin pada 2002 namun bercerai pada 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kemudian berkahwin dengan aktres, Memey Suhaiza pada 2011, manakala Abby pula mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Trending Thu, 10 Oct 2019

Katy Perry dan Orlando Bloom Langsungkan Perkahwinan Disember Ini

Sempat putus beberapa kali, akhirnya Katy Perry dan Orlando Bloom Bakal Menikah…

Featured Mon, 20 Jan 2025

Sepakat Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Lahirkan Baby Girl

Bayi diberi nama Tyara Emran itu dilahirkan pada Ahad, 19 Januari baru-baru ini.

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Lepas Rindu Terhadap Peminat, Kai Deva Tetap Turun Busking Sekali-Sekala

Kai Deva tidak pernah melupakan permulaannya sebagai pemuzik jalanan meskipun kini semakin dikenali.

Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Penuh Emosi, Adira Suhaimi Menangis Ketika Mendendangkan Atouna El Toufoule

Adira Suhaimi menangis nyanyi Atouna El Tofoule

Selebriti Thu, 7 Dec 2023
Trending Fri, 22 Mar 2019

「全天候照顾两子女」27岁妈熬夜滑手机猝死!双眼仍盯着购物网

中国一名27岁妈妈全天候照顾两子女,直至孩子睡了才熬夜玩手机,谁料引起突发心源性疾病猝死。

error: Content is protected !!