Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:03pm

Google Chrome Kini Menggunakan Lebih Banyak RAM Dalam Menghadapi Kerentanan Spectre

Pelayar Chrome tidak dinafikan sebagai salah satu pelayar popular digunakan oleh orang ramai. Merupakan sebuah produk Google, integrasinya bersama-sama produk popular Google yang lain seperti Gmail dan YouTube membuatkan pengguna senang memilih Chrome berbanding pelayar–pelayar lain.

Walau bagaimanapun, Chrome juga dikenali sebagai pelayar yang menggunakan sumber RAM yang tinggi dan sesetengah mesin tidak dapat memberikan pengalaman pengguna yang baik.

Pengumuman Google menerusi blog mereka mendedahkan bagi menangani serangan Spectre yang berlarutan, Google mengumumkan Chrome 67 yang mempunyai fungsi keselamatan yang dipanggil site isolation.

Apa itu Site Isolation?

Site isolation adalah salah satu perubahan di dalam senibina Chrome yang menghadkan setiap proses pemprosesan dari setiap laman sesawang. Objektifnya adalah untuk bergantung terhadap sistem operasi dalam menghentikan serangan untuk setiap proses.

Jika serangan Spectre berlaku, data dari laman sesawang yang lain tidak akan diletakkan sekali dalam satu tempat pemprosesan dan data-data tersebut besar kemungkinan tidak dapat dikongsikan untuk penyerang Spectre. Secara keseluruhan, site isolation mengurangkan risiko kebocoran data semasa serangan Spectre dilakukan.

Tetapi ada kos tambahan yang perlu dipikul oleh pelayar iaitu RAM. Memori RAM tambahan dalam lingkungan 10-13% terpaksa ditanggung oleh kerana kerja-kerja pemprosesan yang tertangguh terutamanya jika banyak tabs yang dibuka.

Google bagaimanapun mengakui kelemahan fungsi tersebut dan cuba mengatasi masalah memori RAM ini dengan  mengoptimakan Chrome supaya lebih pantas dan cekap.

Sumber: Google blog

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 27 Nov 2017

【免费Wi-Fi不要乱连】10种避免个资外泄“必做”确认事项

现代人没有手机会觉得不安,没有网路更是什么都不行。手机里没经过认证的APP,有可能变成骇客的工具,更有可能窃取你的个资密码,现在就连免费的 Wi-Fi都有问题。

TECH Mon, 27 Jan 2020

Cara Masukkan Kalendar Cuti Dalam Peranti iPhone

Tak nak cuba ke buat anda pengguna iphone

Automobile Tue, 13 Mar 2018

WhatsApp延迟「为所有人删除」时间

早前WhatsApp推出了能够撤回信息的功能,这对那些「懵查查」的用户可是非常实用,唯只能在7分钟内完成这动作;日前全新版本的WhatsApp延长了信息撤回时间至1小时8分钟16秒,为用户悄来好消息!

TECH Thu, 5 Jul 2018

Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat

Fungsi sekatan atau blocking yang terdapat pada tetapan Facebook sememangnya sangat berguna jika anda mahu mengelak daripada seseorang di platform berkenaan. Individu yang sudah disekat tidak boleh melihat apa-apa status anda di garis masa, tidak boleh menghantar […]

Automobile Thu, 9 Aug 2018

「下雨」当洗车很省钱?这种想法大错特错

大雨过后,万物看起来都干净许多,所以导致一些懒惰的车主认为,用自然的雨水清洗爱车恰恰好;但这种天真的想法,只会让你的车越洗越脏,还更容易缩短汽车零件的寿命。

TECH Wed, 3 Oct 2018

Aplikasi Down Tiba-Tiba, 75,000 Carian ‘Instagram’ Di Twitter Hanya Dalam Sejam

Menurut lamam Independent.co.uk, aplikasi ini tiba- tiba terhenti di mana pengguna tidak dapat melihat gambar atau profil pengikut. Kenapa agaknya ya?

TECH Wed, 4 Dec 2019
TECH Thu, 28 Nov 2019

Facebook, Instagram Dilaporkan Alami Masalah Teknikal

Patutlah tak dapat nak terima apa apa notifikasi atau info terbaru ada masalah rupanya

TECH Thu, 27 Sep 2018

Cara Menghilangkan Iklan di Google Chrome Android Tanpa ‘Root’

Rasa rimas dengan iklan yang sering keluar apabila anda melayari laman web?Terdapat cara yang ingin kami kongsikan untuk anda menghalang ‘pop-up’ yang muncul pada kaca skrin anda.

Automobile Mon, 9 Dec 2019

Jika Exit Tol Baki Tak Cukup, Tekan Button Intercom!

Tidak perlu risau lagi cuma interkom saja bantuan akan sampai!

error: Content is protected !!