Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2026 @ 11:29am

“Tunggu Aku Kutip Hutang Nafkah Sampai Licin, Sekarang Bersoronoklah Dulu” – Rita Rudaini Dakwa Simpan Bukti, Janji Tak Maaf Dunia Akhirat

Pelakon, Rita Rudaini sekali lagi mencetuskan perhatian apabila tampil lantang mengenai isu nafkah anak, malah mendakwa sudah lama mengumpul bukti perbelanjaan dan tunggakan yang didakwa tidak diselesaikan.

Menerusi satu perkongsian pedas di platform Threads, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar memberi bayangan dia hanya menunggu masa sesuai untuk bertindak, serta menegaskan segala yang berlaku tidak akan dilupakan.

“Saya pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul.

“Sekarang bagi mereka seronok dulu. Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons kepada ciapan seorang individu yang berkongsi kisah jirannya berdepan isu suami culas nafkah, namun memilih untuk menyimpan resit dan bukti perbelanjaan bagi tujuan tuntutan pada masa akan datang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberi sokongan kepada Rita sekali gus bersetuju dengan tindakannya yang bijak menyimpan resit perbelanjaan anak-anak bagi mempermudahkan urusan menuntut nafkah kelak.

Isu berkenaan bukan kali pertama melibatkan Rita apabila sebelum ini dia turut mencabar bekas suaminya, Aidil Zafuan, untuk mengemukakan bukti pembayaran nafkah anak susulan dakwaan segelintir pihak yang mempertahankan pemain bola sepak tersebut.

Untuk rekod, mahkamah telah memerintahkan Aidil membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, selain bayaran mutaah berjumlah RM30,000 pada Oktober tahun yang sama.

Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum disahkan bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Artikel Berkaitan: “Kalau Bekas Suami Tu Dah Nak Mamp*s, Tak Ada Lah Sakit Hati Kalau Tak Dapat Bayar Nafkah” – Rita Rudaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Wed, 11 Mar 2020
Events Fri, 4 Jul 2025

‘Sentuhan Wira’ Filem Aksi Sukan Kebangsaan Diangkat Ke Layar Perak, Adaptasi Kemenangan Piala Thomas 1992

Filem ini turut mendapat sentuhan Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Berat Badan Cecah 75 KG, Penampilan Langsing Enot Raih Pujian!

Enot amalkan sauna dan bersenam, berat badan kini 75 kg

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Featured Fri, 10 Sep 2021
error: Content is protected !!